|
Oleh : Dean BZ
Jika anda penggemar mee sup atau juga apa-apa jenis sup tulang, anda harus mencuba Mee Kuah Tulang ini pula. Kenapa perlu cuba? kerana kuahnya sangat pekat dan likat serta rasanya berbeza dengan mee sup yang anda pernah makan. Ta percaya boleh cuba, pasti puas hati.
Selain dari Mee Kuah Tulang, ada juga menu lain yang menarik untuk dicuba antaranya Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Daging, Keropok Lekor Cheese, Roti Goyang, Burger Ayam, Daging dan Zinger dari harga bermula RM5.
Antara menu utama di Bonda Sarah Cafe:
- Mee Kuah Tulang Zrup Zrup : RM7
- Nasi Daging Sempoi : RM6
- Nasi Tomato Ayam Rose : RM6
- Set Bawal Goreng : Rm12-RM15
- Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah : RM7
- Laksa Bonda : RM4
Lokasi:
No 31 Aras Bawah, Jalan Dagangan 10, Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas Pulau Pinang.
Waktu Operasi:
12.00 tghari - 12.00 tengah malam
Harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi. Rugilah siapa tak try! - CARI
Sumber - Makan sedap |
|