Siapalah yang tidak suka dengan keenakan Teh Tarik. Cukup rasa cukup tarik boleh jatuh cinta terus dengan si pembuat Teh Tarik. Tak gitu? Hehehe.
Seperti Teh Tarik Madu Pak Mat pernah menjadi viral semasa diawal kemunculannya.
Sinonim dengan namanya, teh ais yang dicampur madu aku ditarik sehingga mengeluarkan buih yang banyak. Ada rasa lemak-lemak manis. Yang penting, teh tarik madu tidak terlalu manis!
Harga teh tarik madu ini adalah RM4.20 untuk segelas. Sangat nyaman diminum ketika cuaca panas. Umum mengetahui, teh 'beng' atau ais di negeri Kelantan agak manis, tetapi teh tarik madu ini sangat berbeza rasanya. Boleh singgah di sini sekiranya anda ke Kota Bharu atau Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.
Warung Pak Mat Pulau Pisang juga menyediakan pelbagai menu untuk makan tengah hari. Antara menu utama yang menjadi tarikan ialah Sup Kepala Ikan. Menu harus cuba!
Selain itu, menu lain turut disediakan seperti daging goreng kunyit, ayam percik Kelantan, ayam kampung goreng, kari ikan dan pelbagai lagi. Pasti membangkit selera. - CARI