View: 2383|Reply: 11
|
Jualan Burkini Naik 200% Selepas Perancis Larang Pemakaiannya, Jadi?
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Ketika negara Perancis mengeluarkan larangan terhadap pemakaian burkini, iaitu baju mandi wanita yang menutup aurat, ternyata ia satu 'hikmah' buat pengusaha di negara Australia.
Untuk rekod, beberapa kawasan peranginan di Perancis seperti Cannes telah mengeluarkan larangan pemakaian burkini dengan alasan faktor kebersihan dan juga bukan ajaran dalam Islam.
Sebelum ini Datuk Bandar Villeneuve-Loubet, Lionnel Luca berkata seseorang itu datang ke pantai bukan untuk memaparkan ajaran agama mereka.
Ternyata ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh diterima sedangkan agama dan kehidupan itu sendiri tidak boleh dipisahkan.
Namun, dalam kekalutan yang berlaku itu, ia telah memberi manfaat dan kelebihan kepada seorang wanita di Australia yang menyebabkan burkini di negara itu semakin diterima.
Aheda Zanetti, 48 dari Sydney berkata larangan di Perancis itu telah menaikkan jualan burkininya sehingga 200%!
Malah, menakjubkan sekali kebanyakan pesanan yang diterimanya adalah daripada pelanggan bukan Islam. Ternyata terlalu banyak kelebihan mengenakan burkini. Ini termasuklah melindungi kulit daripada cahaya matahari buat pesakit kanser dan sebagainya.
Burkini adalah gabungan perkataan 'Burqa' dan 'bikini' yang hanya membenarkan muka, tangan dan tapak kaki terbuka.
"Tiada siapa di dunia ini yang boleh menyuruh apa yang kami mahu pakai dan tidak," ujarnya.
Nampaknya larangan kerajaan Perancis terhadap burkini, hanya menaikkan publisiti buat pakaian renang mesra syariah itu. - CARI
Sumber: BBC/ Astro Awani/ Malay mail online
Foto: BBC
Foto: rt
|
|
|
|
|
|
|
|
hbis arab2 / muslim yg dtg sana nk menikmati pantai dan berenang tkbleh la yer. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya geng yang tak nak nampak tan suka pakai burkini ni macam chef terkenal Nigela Lawson tu |
|
|
|
|
|
|
|
PERANCIS SEBENARNYA TAKUT PENGARUH ISLAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik lak Burkini tu...mcm2 kaler... |
|
|
|
|
|
|
|
emm..banyak isu2 pasal islam ni, semua kat perancis ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan..dah agak.hehe..moga kerajaan france tak yah la haramkan |
|
|
|
|
|
|
|
jumaat lepas (26 aug) mahkamah pentadbiran tertinggi france dah overturn burkini ban kat villeneuve-loubet. diorang dah announce burkini ban dimana2 adalah illegal tapi ada lagi mayors yang degil.
katanya isnin ni (29th aug?) interior minister nak buat announcement berkenaan burkini ban ni lagi. buat masa ini interior minister tu mintak semua orang bertenang dan jangan stigmatise dan isolate rakyat muslim di perancis.
semoga umat islam perancis dikuatkan kesabaran dan keimanan mereka menempuh hari2 mendatang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|