|
Oleh : Dean BZ
Lindsay Lohan
Pelakon dan penyanyi terkenal, Lindsay Lohan dijemput untuk muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara paling popular Rusia iaitu Pust Govoryat yang akan disiarkan di stesen milik kerajaan Channel 1.
Apa yang mengejutkan, dia dilaporkan membuat tuntutan keterlaluan iaitu sebanyak £500,000 pound (RM26 juta) untuk muncul dalam program televisyen itu, selain bertemu presiden negara itu, Vladimir Putin.
Dia hanya akan bersetuju jika mereka memenuhi tuntutan keterlaluan berkenaan.
TMZ melaporkan, Lindsay juga meminta disediakan jet peribadi, anggota keselamatan, satu tahun visa, pendandan rambut, juru solekan dan juru rias tangan dan kuku atas jet, penginapan di suit Ritz-Carlton dan pertemuan dengan Putin.
Yang menghairankan, beberapa tuntutan telah dipersetujui dan kedua-dua pihak masih dalam rundingan.
Rancangan bual bicara itu mahu diadakan berkisar tentang hubungan bergelora beliau dengan pemuda Rusia berusia 23 tahun, Egor Tarabasov.
Terdahulu, Lindsay Lohan secara terbuka mendedahkan perbuatan Egor Tarabasov selepas berjaya menangkap lelaki itu sedang curang terhadapnya. Lindsay juga sebelum ini pernah melempar telefon milik Egor ke dalam laut ketika mereka bercuti di Greece. - CARI
Lindsay Lohan bersama bekas tunangnya, Rusia Egor Tarabasov.
Sumber - MstarOnline |
|