CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1775|Reply: 10

Musim Jerebu Kembali, Pasir Gudang Catat IPU Tinggi

[Copy link]
Post time 29-8-2016 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto : Bernama





Musim jerebu kembali melanda ibu negara dengan beberapa kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak pagi tadi.


Difahamkan pihak penguatkuasa Indonesia mengambil tindakan saman dan gantung lesen pengendalian bagi syarikat yang melanggar syarat yang ditetapkan.


Sehingga jam 10 pagi tadi, bacaan kualiti udara menyaksikan kawasan Pasir Gudang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi tetapi dalam kategori sederhana iaitu 76.


Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mendapati daerah bandar raya Melaka mencatat penurunan bacaan IPU sebanyak 75 berbanding 85 pada jam 11 malam kelmarin, manakala Bukit Rambai dan Nilai masing-masing dengan bacaan 74 sehingga jam 10 pagi tadi.


Pada jam 6 pagi tadi, di kedua-dua daerah terbabit menunjukkan penurunan berbanding di Pasir Gudang yang menyaksikan peningkatan berbanding semalam.


Daerah lain yang mencatatkan bacaan IPU 60 ke atas ialah Larkin Lama (68), Muar (67), Port Dickson (67), dan Putrajaya (60).


Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid melalui akaun twitternya menafikan kementeriannya ada mengeluarkan kenyataan media mengenai tindakan menangani jerebu di sekolah.- CARI


sumber foto: akaun twitter Mahdzir Khalid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenornya dah ssampai 100 kot...cer check ngan singapore....habuk memutis jah pun putrajay pun....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tan siew loo ini tered sudah ada ma
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 05:27 PM | Show all posts
stress jerebu ni.. rasa mcm baru je experience bad haze dah kene balik
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 06:06 PM | Show all posts
Jaga-jaga semua. Jangan lupa pakai face mask.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
baru je lepas hujan tadi,harap2 jerebu tak kembali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2016 06:55 PM | Show all posts
KL pun dah putih ni. asap ngn debu2 sudah sampai
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jerebu kembali lagi...stres nya!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 11:23 PM | Show all posts
nak sidai kain bj kat luar pun kena pakai mask
uhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 07:45 PM | Show all posts
malaysia masih aman kekdahnya..... hahahaha

malaysia kene beli alatan baru utk kesan jerebu ni..... yg lama dh leh wat tukun tiruan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 02:27 PM | Show all posts
jerebu dtg lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 1.368493 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list