|
|
oleh Adib Za
Berita baik buat semua peminat kumpulan pop-punk dari Kanada, Simple Plan yang bakal melancarkan konsert jelajahnya di Asia Tenggara, Kuala Lumpur adalah salah satu lokasinya!
Bakal dilangsungkan pada 7 September ini, bertempat di KL Live, Life Centre yang menggabungkan lagu-lagu hits dan juga terbaru kumpulan tersebut.
Konsert jelajah yang diadakan di Asia Tenggara ini adalah untuk meraikan dan menyokong album kelima mereka, Taking One For The Team yang telah dipasarkan sejak 19 Februari lalu.
Kali terakhir kumpulan ini menjejakkan kaki ke Malaysia adalah pada 4 tahun lalu.
Kumpulan yang dianggotai oleh Pierre Bouvier (vocals), Chuck Comeau (drums), David Desrosiers (bass, backing vocals), Sebastien Lefebvre (ryhthm guitar, backing vocals) dan Jeff Stinco (lead guitar) popular dengan lagu hits mereka seperti Welcome to My Life, Perfect, Jet Lag, Summer Paradise dan banyak lagi.
Simple Plan akan memulakan jelajah mereka di Seoul, Korea pada 1 September nanti sebelum tiba di Malaysia seminggu kemudiannya.
Tiket boleh didapati di Ticketcharge.com dengan harga bermula RM192 sehingga RM392.
Untuk album terbaru mereka ini, Taking One For The Team telah mengeluarkan beberapa single seperti I Don't Wanna Go To Bed menampilkan rapper Nelly, Opinion Overload dan Singing in the Rain.
Untuk maklumat lanjut, muzik dan berita terkini Simple Plan anda boleh mengunjungi:
http://www.simpleplan.com, https://www.facebook.com/simpleplan, twitter.com/simpleplan, www.instagram.com/simpleplan.
|
|