Menurut laporan media Britain, seorang warga tua yang sudah berusia 145 tahun di Jawa Indonesia, yang mungkin kini dia merupakan manusia yang paling tua di dunia ini.
Kesemua anaknya masing-masing telah meninggal dunia, kini impiannya yang paling besar adalah mati.
Tarikh lahir Gotho adalah pada 31hb Disember 1870, iaitu juga merupakan manusia yang telah hidup selama 145 tahun lamanya.
Dia mempunyai 10 orang adik beradik dan 4 orang isteri, namun semua telah pun meninggal dunia.
Isteri yang terakhir meninggal dunia pad tahun 1988, semua anaknya turut meninggal dunia.
Setakat ini hanya tinggal cucu dan cicit yang menemaninya. Berikutan penglihatan semakin lemah, Gotho hanya boleh dengar siaran radio untuk mengisi masa lapangnya setiap hari.
Sepanjang 3 bukan lepas, keadaan kesihatan Gotho semakin teruk, dia perlukan orang untuk mensuapkannya makanan dan membantunya mandi.
Dia mengeluh, "Saya teringin sangat nak mati, cucu cicit semuanya nak besar dan mampu hidup berdikari."
Cucunya Sulian memaklumkan, atuk telah menyediakan tempat perkuburan untuk dirinya pada usianya 122 tahun, tapi sepanjang penantian masa telah pun melalui 24 tahun, dia masih hidup lagi.
Menurut Gotho, rahsia panjang umur buat dirinya adalah "Kekal Bersabar".
Difahamkan, sebelum ini di Nigeria dan Ethiopia terdapat manusia yang panjang umur atau dipanggil Kimura yang masing-masing telah hidup sampai umur 171 tahun dan 163 tahun.- CARI