View: 7212|Reply: 76
|
Kes Pertama Di Malaysia : Wanita Di Klang Sah Dijangkiti Virus Zika
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti.
Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.
Negara jiran, Singapora turut dilanda virus berbahaya ini hingga mencatat sebanyak 115 kes melibatkan virus Zika setakat ini.
Apa yang mengejutkan hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia baru sahaja mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata wanita berkenaan telah mengunjungi anak perempuannya di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke tanah air dua hari kemudian.
Bercakap pada satu sidang media di sini, beliau berkata selepas seminggu, wanita berkenaan dilaporkan mulai demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan.
Menurutnya, ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya mengesahkan dia dijangkiti virus tersebut.
Bagaimanapun, ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.
Katanya, anak wanita berkenaan di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos lalu oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura.
Katanya lagi, kementerian akan melaksanakan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu di Taman Botanik, Klang.
Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika
- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan
Jika anda atau ahli keluarga ada simptom-simptom diatas, segeralah ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
pregnant woman kene more hati2...
sekeliling rumah tu kalo ade air bertakung, sampah sarap cepat2 la kasi clear..
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan takat ibu mengandung je dgn abg stoner skali bleh kene serang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mokcikKSKB at 2-9-2016 10:29 AM
Mohon jgn amik ringan..kalau denggi bolehlah jugak nk gagah diri sampai sihat betul. Kalau zika siap buat permanent damage kat baby lagik...kesianlah kat anak memasing. Keraplah pakai mosquito repellant kalau hampa mengandung.kurangkan keluar memalam sbb aedes active subuh dan manghrib.. |
|
|
|
|
|
|
|
takutnya. baru gi GM semalam |
|
|
|
|
|
|
|
ai rasa bukan setakat ibu mengandung aje. semua orang bole kena. dan simptom serta gejalanya serupa kena denggi. takde ubat pulak tu. sama ada gol atau sembuh ikut pada ketahanan badan masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols balik kg ni kek klang. Dahle tgh preggy 7 bln. Laki iols suruh duk tumah jr diam sapu ubt nyamuk. Baru nak pg ngukur shopping mall |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la terpregnant plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Risaunya...dh la ramai warga malaysia yg keje kat seberang tambak......
harap2 xde la nyamuk yg tumpang @ pekerja2 ni bawak virus masuk sini... |
|
|
|
|
|
|
|
aiyooo, ni buat rasa seram nk masuk singapore next week ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu seram kak.. akak kalo seram lagi nyamok suke
akak nak g area mane kat Spore?
|
|
|
|
|
|
|
|
Scarynya bila dengar dah sampai Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
ahahaha i dari rumah nak straight away sampai airport lepas tu balik. tak yah singgah memana nak elakkan nyamok.
boleh gitu? hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Sup ketam pun x jalan ke... |
|
|
|
|
|
|
|
denggi pn risau klu kena.. ni kan pulak zika.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak nak kena pakai mosquito repellent lah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg bgtau aku, virus zika ni boleh jugak tersebar melalui udara oleh si pembawa virus yg batuk or bersin. Betul ke? Kena study jugaklah sikit2 pasal zika ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|