Berita yang diviralkan baru-baru ini yang menyebut: "enduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.
Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".
Bagaimana pun, kejadian tersebut telah dinafikan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang laporan diterima daripada penduduk kawasan berkenaan mengenai kejadian itu,
"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya."- CARI