View: 5007|Reply: 39
|
Emoji Wanita Berhijab: Idea Dari Gadis 15 Tahun, Apa Kata Anda?
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
Seorang gadis 15 tahun yang berasal dari Arab Saudi hadir dengan idea untuk mewujudkan emoji wanita memakai hijab.
Rayouf Alhumedhi yang kini menetap di Jerman telah menghantar proposal tersebut kepada The Unicode Consortium, sebuah badan NGO yang mencipta pelbagai emoji yang baharu.
Sebelum ini Rayouf telah menyuarakan cadangannya itu menerusi laman sosial Reddit, malah mendapat respon positif daripada pengasas laman itu, Alexis Ohanian.
Jika semuanya berjalan lancar, emoji wanita menutup aurat itu bakal direalisasikan pada tahun 2017.
Gadis bijak ini memberitahu BBC, semuanya tercetus bila dia bersama rakan-rakan berbual melalui media sosial dan perasan tiadanya emoji yang sesuai untuk mewakili dirinya yang mengenakan hijab.
Tidak mahu berdiam diri, Rayouf telah mengkaji tentang rekaan emoji, sebelum menghantar emel kepada Unicode tentang ideanya itu.
"ada zaman ini, sememangnya reprentasi adalah sangat penting.
"Masyarakat mahu dikenali dan dan kehadiran mereka diketahui, terutamanya di dunia teknologi ini. Emoji ada di mana-mana sahaja kini.
"Terdapat ramai wanita muslim di dunia ini yang mengenakan hijab. Ia dilihat penting namun berbeza rasanya bila melihat diri anda melalui papan kekunci yang terdapat di seluruh dunia. Bila anda merasainya, terasa ia begitu hebat," terang Rayouf tentang ideanya itu.
Dalam pada itu, Rayouf juga berkata bukan sahaja wanita muslim yang mengenakan hijab, ramai di kalangan wanita lain yang turut mengenakan skaf untuk menutup kepala, perlukan represtasi yang sewajarnya.
Anda boleh membaca proposal yang dibuat oleh gadis ini, di sini. - CARI
Sumber: BBC/ Teenvogue
Foto: Carian google
|
|
|
|
|
|
|
|
cute.. lain dari yang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya..xsabar nak guna |
|
|
|
|
|
|
|
nice one |
|
|
|
|
|
|
|
Makin banyak pilihan sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
bijak
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel..nak try |
|
|
|
|
|
|
|
Sooo cute nanti bleh la guna |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 16-9-2016 08:48 AM
yg berniqab mcmna?
Rasanya hari tu dh kluar utk yg berniqab.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|