|
Oleh : Dean BZ
Kerang sememangnya sedap jika direbus atau dibakar kemudian dicicah bersama sambal.
Selain itu, kerang juga biasanya dimasak bersama mee sebagai penambah rasa. Pendek kata, semua orang pasti pernah merasa keenakan mee atau chow kuey teow kerang.
Tapi menu kali ini mungkin pertama kali anda dengar iaitu Kerang Goreng Cencaluk. Wow, dengar nama pun dah kecur liur, belum lagi sedut dan kunyah kerang-kerang tu satu persatu.
Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mengikut satu persatu cara-cara dibawah ini.
Bahannya:
300gm kerang ~ dibersihkan,direbus dan kopek kulit ( buang kulit sebelah je)
2sb cencaluk
6 tangkai cili padi ~ dipotong kecil
1/2 biji bawang holland ~ dipotong dadu
sos cili secukupnya
sos tiram secukupnya
sedikit margerin + minyak ~ utk menumis
Bahan dimesin:
7 tangkai lada merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
Caranya:
1. Panaskan minyak + margerin, tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing.
2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
4. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja
Selamat mencuba! - CARI
Sumber - bilaudamenulis.blogspot.my |
|