Mira Filzah sentiasa berwaspada muat naik gambar di Instagram.
PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah menganggap video-video dia menari sambil meniru lagu Hindustan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan penampilannya sebagai wanita bertudung.
Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang salah selagi ia tidak mempauai batas-batas sebagai seorang wanita muslimah.
"Saya memang minat lagu-lagu Hindustan sejak kecil lagi, keluarga saya tahu tentang itu. Cuma pada pandangan netizen ia tidak sesuai kerana saya bertudung.
"Selagi saya rasa ia tidak keterlaluan dan saya tahu batasnya tiada masalah," ujarnya kepada mStar Online.
Mira menjawab tentang kritikan yang manganggap dia sebagai wanita 'gedik' dalam video-video meniru gaya dalam lagu Hindustan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
[size=0.98em]
[size=0.938em]
Mira anggap beberapa video 'miming' lagu Hindustan tidak keterlaluan.
Netizen turut menganggap perkara tersebut tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung.
Dalam pada itu, pelakon Cinta Si Wedding Planner ini berkata, dia juga agak berhati-hati dalam berkongsi perkara melibatkan privasi keluarganya di laman sosial.
Kata aktres ini, dia tidak mahu ahli keluarga yang lain terkena tempias dan kritikan yang tidak sepatutnya daripada netizen.
"Saya cukup berhati-hati untuk berkongsi sesuatu di laman sosial kerana saya tidak mahu ibu saya rasa sedih. Saya tidak mahu keluarga terkena tempiasnya.
"Kalau mereka kritik tentang saya tidak mengapa kerana saya sudah biasa dan tahu tentang industri," ujarnya.
Sementara itu, bercakap soal cinta, Mira berkata, ibu dan bapanya sering memberi nasihat agar berhati-hati dalam berkawan dengan mana-mana lelaki.
Katanya, mereka terlalu bimbang tentang niat tertentu seseorang yang ingin berkawan dengannya.
"Ibu sangat bimbang dan selalu nasihatkan saya agar berhati-hati berkawan dengan mana-mana lelaki. Saya faham dia takut niat tidak baik orang yang kita tidak kenali.
"Setakat ini memang saya jaga batasan untuk berkawan rapat dengan lelaki dan saya akan beritahu awal-awal jika saya hanya ingin berkawan sahaja," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mira juga bakal mengacarakan sebuah program realiti nyanyian berjudul Tiga Juara yang bakal disiarkan di TV3.
Oleh: KEMALIA OTHMAN
Sumber berita : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/09/20/mira-filzah-gedik/
setakat ni tak dengki pun la , cume pelik ramai nau lelaki minat dia ni , smpai boleh buat lagu utk mira pilzah
Mira Filzah,
Cantik paras rupa,
Ku boleh tenung mukanya tak kisah berapa lama,
Muka jelita,
Bangga orang kita,
Tak perlu kita nak bangga dengan orang luar sana,
Aku perasan dari media sosial "Instagram",
Dari situ aku sedar that I'm in love man,
Damn,
Gadis berhijab,
Wajah berseri memang tak jemu aku tatap,
Mukanya banyak dalam "Malay Pretty",
Ku tau pula dia model Jovian Mandagie,
Senyumannya telah membuat aku jatuh hati,
But wait, it's just a symphony and I don't need your sympathy,
(Chorus x2)
Mira Filzah,
She's a very beautiful hijabster,
I don't mind watching her like i wanna,
Anyone would rather stand for her, fight for her, be her life partner,
Post time 20-9-2016 05:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dia ni sejak menjak nama naik ni haih makin gedik ek? tak habis dgn jantan la, ni nak menari hindustan lah. pastu jantan2 semua duk puji melambung kat dia
lorr ada lagu siap.
Perkara biasa kot, dia Malaysia's sweetheart for now. Sbb dia comel dan pelat, kecik molek plak tu, membangkitkan protective instinct lelaki.
Siti Nurhaliza, Lisa Surihani, Ana Raffali antara gegadis yg dulu pernah ramai lelaki minat (at least among my circle)