CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1995|Reply: 1

DIY Bunga Segar Dinding

[Copy link]
Post time 22-9-2016 02:57 PM | Show all posts |Read mode



Anda mungkin seorang yang sukakan bunga, dan anda tidak tahu bagaimana nak menghiasi bunga anda dengan cara yang menarik untuk majlis perkahwinan anda. Maka, anda boleh ikuti DIY bunga segar dinding untuk menghiasi pelamin anda ataupun untuk menghiasi latar belakang foto booth.

Barang yang perlu ada:
  • Bunga Segar Ranunculus merah.
  • Bunga Segar Ranunculus merah jambu.
  • Bunga segar Rose merah jambu.
  • Gunting bunga.
  • Tape washi (3 jenis).
  • Pensil.

Cara-caranya:
  • Anda harus memulakan dengan memotong daun lebihan pada bunga dan mengurangkan panjang mengikut panjang yang anda sukai. Anda dinasihatkan untuk memotong tangkai bunga dengan pelbagai saiz supaya bunga anda nampak berbeza ketinggian apabila ditampal ke dinding.
  • Untuk memulakan hiasan bunga anda di dinding, anda perlu mengukur jarak kelebaran yang anda inginkan dengan menandakan ia dengan menggunakan pensil.
  • Kemudian, anda perlu memulakan dengan menampal bunga dibahagian atas dinding dan bergerak ke bahagian bawah dengan menggunakan tape washi.
  • Semasa menampal bunga di dinding, anda perlu memastikan sentiasa menyembur bunga dengan menggunakan air untuk mengekalkan kelembapan pada bunga.

Petua:
  • Pilih tape washi yang sesuai dengan bunga anda, agar dinding anda nampak cantik, simple dan eksklusif.
  • Jika anda membeli bunga segar awal beberapa hari, anda dinasihatkan untuk memotong bunga anda satu inci dari tangkainya dan rendam bunga anda didalam air sejuk dan tempatkanya di bilik yang sejuk selepas sebaik anda membelinya.
  • Anda dinasihatkan untuk memulakan menghias dinding anda pada awal hari perkahwinan anda bagi memastikan kekal kesegaran pada bunga anda.


Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Photo credits: Google.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2016 12:08 AM | Show all posts

Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list