Oleh Izzah Abbasy
Ramai sebenarnya rajin masuk ke dapur tapi untuk makan sahaja. Eh, tak semua. Pastilah untuk memasak dan menghidangkan kepada yang tersayang. Yang bujang sudah tentu hidang untuk perut sendiri. Kan?
Resepi paling mudah dibuat jika tak perlu menggunakan oven atau ketukar seperti resepi Kek Cheese Nutella Oreo ini tak perlu dibakar.
Bagaimana? Ikutlah seperti resepi yang tersedia di bawah ini ya.
Bahan-bahan
Oreo secukupnya dipotong - potong kasar
250 gram ~ Cream cheese
3 - 4 sudu besar ~ Nutella
2 cawan ~ Whipping cream
1/4 cawan ~ Mentega / butter yang sudah dicairkan
1 sudu makan ~ Lemon juice
Bubuk kayu manis secukupnya
1/4 cawan ~ Gula merah / melaka
1/4 cawan ~ Gula putih
1/2 cawan ~ Biskut Roma / Regale / Marie yang dihaluskan
Tip : *Gunakan loyang bulat.
Cara-cara penyediaan
1) Campur biskut yang sudah dihaluskan, mentega cair, serbuk kayu manis, gula merah sampai rata. Masukkan dalam loyang, tekan-tekan sampai padat. Masukkan dalam freezer kira-kira 1 jam.
2) Kacau guna mixer, cheese cream sampai lembut dan moist serta jus lemon, kacau lagi pakai mixer. Tambahkan whipping cream dan gula putih, mixer lagi sehingga agak kental.
3) Adunkan butter cheese bagi rata jadi 2 bahagian, pisahkan mangkuk.
4) 1 mangkuk dicampur dengan oreo (lapisan 1).
5) 1 mangkuk dicampur dengan Nutella, adun rata (lapisan 2).
6) Keluarkan loyang yang diletakkan dalam freezer tadi, letakkan dengan lapisan 1, ratakan.
7) Masukkan ke dalam freezer lagi sampai agak keras kurang lebih 1 jam.
8) Keluarkan lagi dan kalau sudah keras, kemudian letakkan pula dengan lapisan 2 yang ada campuran Nuttelanya. Hias dengan topping oreo, masukkan ke dalam freezer.
9) Biarkan 5 jam di dalam freezer atau lebih bagus semalaman. Kemudian kalau sudah keras boleh dipotong dan dimakan.
Hasilnya seperti kek yang ada di hotel dan kedai kek. Jika suka keju, cream cheese boleh ditambahkan. |