CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 1

Ubat Mati Pucuk 'Aman Liquid' Diharamkan Kerana Beracun

[Copy link]
Post time 10-10-2016 09:14 AM | Show all posts |Read mode
sumber foto: internet



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan mengharamkan produk tradisional, Aman Liquid yang digunakan bagi rawatan kegagalan erektil.


Penjual dan pengedar produk berkenaan supaya menghentikan penjualan serta pengedarannya serta-merta, manakala orang awam yang sedang menggunakan produk ini pula dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya 27 September lalu.mengesahkan ubat tersebut mengandungi bahan racun berjadual, yohimbine.


Walaupun Yohimbine adalah sejenis alkaloid yang kebiasaannya diperoleh daripada tumbuhan Puasinystalia yohimbe, tapi ianya boleh memberikan kesan mudarat kepada golongan tertentu seperti perempuan mengandung, pesakit darah tinggi, jantung, buah pinggang atau hati.


Orang awam boleh menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut dan menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan melayari laman sesawang http://npra.moh.gov.my/.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2016 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
consult dokter je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041800 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list