Kredit Foto: FB Intan Norzalehan
Kebanyakan budak seawal usia 12 tahun hanya akan memikirkan benda yang menyeronokkan macam main 'video games', melayari internet, dan habiskan masa tengok TV.
Namun bukan bagi dua orang kanak-kanak ini kerana mereka sangat istimewa dan boleh dipanggil sebagai 'business-minded'.
Kisah ini dikongsi oleh Intan Nurzalehan di laman Facebook kerana berasa sangat kagum apabila dua kanak-kanak ini datang hendak menyewa kedai miliknya untuk membuka sebuah 'pet hostel'.
"Saya sangat terharu sebab budak-budak ni datang untuk buka 'pet hostel', bila tanya siap ada 'paperwork', 'pet tender', dah dah ada 'share partner' seramai 4 orang."
Kredit Foto: FB Intan Norzalehan
Ditanya mengenai persekolahan, mereka mengatakan ianya tidak akan menjadi masalah kerana akan membuat giliran untuk menjaga kucing-kucing tersebut.
Tambah menarik, masing-masing ada telefon bimbit tapi langsung tiada aplikasi 'game' di dalamnya sebaliknya selalu digunakan untuk cari maklumat mengenai 'pet hostel'.
"Bila tanya mengenai duit, mereka jawab gunakan duit belanja sekolah dan tidak akan guna banyak elektrik dan air."
Antara komen positif netizen:
Kredit Foto: FB Intan Norzalehan
Cerita begini sepatutnya menjadi contoh dan inspirasi kepada generasi muda di luar sana. Kecil-kecil lagi sudah punyai cita-cita besar.
Bukan itu sahaja, keprihatinan dan kasih sayang mereka terhadap binatang juga boleh dijadikan sebagai suri teladan. -CARI |