CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4580|Reply: 35

KL, Putrajaya & Labuan Dilarang Guna Polisterin Mulai Tahun 2017- Ku Nan

[Copy link]
Post time 12-10-2016 09:18 AM | Show all posts |Read mode


sumber foto: http://myputrajayanews.com/



Berkuatkuasa mulai tahun 2017, semua premis makanan dan kafe di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilarang sama sekali menggunaankan polisterin.


Demikian kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media sempena Majlis Perasmian Kios Jualan Makanan dan Minuman di Presint 9, di Putrajaya pada Selasa.


Tambah beliau larangan itu adalah antara inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan kepada alam sekitar kerana sukar diurai atau dikitar semula.




"eniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula dan mudah urai, yang diperbuat daripada serat hampas tebu dan jagung kerana ia lebih selamat berbanding polisterin yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada kesihatan pengguna."

"Kita akan memastikan pelaksanaan ini dijalankan secara menyeluruh dan berharap mendapat kerjasama semua pihak supaya ia berkesan."


Larangan itu yang bakal dilaksanakan bukan sahaja di bangunan kerajaan malah juga di bangunan swasta.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 09:21 AM | Show all posts
bagus la.... aku stuju sgt..... mamak kat area umah aku pun dah pakai food box.

apa bahaya polystyrene ni yek
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelaran Tengku palsu tak dilarang guna plak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Haramkan seluruh negara la bangang...:zz
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 09:54 AM | Show all posts
idril replied at 12-10-2016 09:21 AM
bagus la.... aku stuju sgt..... mamak kat area umah aku pun dah pakai food box.

apa bahaya polys ...

xtau la ape yg bhya.

tp iols selalu dgr, kalau mknan panas xleh lama2 dlm polisterin. cth kte order nasi goreng cina.. siap2 goreng, letak dlm polisterine... org kata lau lbh setengah jam mknan dh bcampur ngn kimia2 polisterin tu, ntah ak x paham gak nk xplain mcmne.

tp kalau dh sejam mknan duk dlm bungkus polisterine, biasanya ai sakit perutttttt... x tau la kebetulan ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
1 malaysia lah...tkleh guna...guna pinggan kertas....lg ok kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2016 09:56 AM | Show all posts
elok guna daun pisang semula.
eco-frenly
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:06 AM | Show all posts
bungkus je la dalam surat khabar kan senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 10:10 AM | Show all posts
chacon replied at 12-10-2016 10:06 AM
bungkus je la dalam surat khabar kan senang

surat khabar pun chemical boleh leach kan hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:11 AM | Show all posts
benda bagus kena sokong. politerin sgt tak bagus untuk alam sekitar. ambil masa ribuan tahun sebelum terurai. bygkan berapa banyak yang manusia dah gunakan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:11 AM | Show all posts
idril replied at 12-10-2016 09:21 AM
bagus la.... aku stuju sgt..... mamak kat area umah aku pun dah pakai food box.

apa bahaya polys ...

rasanya sbb polisterin tu bukan tahan haba sgt pun, so bila letak makanan panas2, bahan kimia dia boleh cair dan resap dalam makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:19 AM | Show all posts
ketekodok replied at 12-10-2016 10:11 AM
benda bagus kena sokong. politerin sgt tak bagus untuk alam sekitar. ambil masa ribuan tahun sebelum ...

mcm salah je...
apa yg aku tau, polisterin ni lagi cepat hancur berbanding plastik biasa..
penggunaannya tidak digalakkan sebab polisterin ni dibuat berasaskan bahan bakar iaitu petrol, so kalau simpan makanan lebih daripada 2 jam dlm tu akan  memudaratkan kesihatan...

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:24 AM | Show all posts
harrypoter replied at 12-10-2016 10:19 AM
mcm salah je...
apa yg aku tau, polisterin ni lagi cepat hancur berbanding plastik biasa..
pengg ...

yg ni betul..


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:24 AM | Show all posts
kalau nk hidupkan api boleh guna polystren ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:28 AM | Show all posts
harrypoter replied at 12-10-2016 10:19 AM
mcm salah je...
apa yg aku tau, polisterin ni lagi cepat hancur berbanding plastik biasa..
pengg ...

ops wrong info la ni. tapi itu aku dapat dr harvard kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:37 AM | Show all posts
hari tanpa beg plastik hanya untuk hari sabtu sahaja.
asyik lupa je nak bawa beg besar2 pada hari berkenaan
sekali caj 20sen untuk satu beg plastik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 10:45 AM | Show all posts
ketekodok replied at 12-10-2016 10:28 AM
ops wrong info la ni. tapi itu aku dapat dr harvard kalau tak silap.

hehe
tak salah tu bro...betul poli ni memang memakan masa yg lama utk dihapuskan secara semula jadi tapi cepat sikit berbanding plastik biasa..
cuma poli ni byk mendatangkan kesan tak bagus utk manusia dan alam sekitar

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:46 AM | Show all posts
Selain berbahaya kepada alam sekitar, stirena juga mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudharat kepada kesihatan manusia. Menurut kajian Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B yang merupakan agen penyebab kanser kepada manusia. Bahan-bahan kimia daripada bekas polisterin akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Selain itu, stirena merupakan suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini bukan sahaja amat berbahaya terhadap alam sekitar, bahkan juga kepada tahap kesihatan manusia. Misalnya, pendedahan kepada stirena secara berterusan boleh merendahkan bilangan sel darah merah dalam badan manusia dan menyebabkan seseorang perempuan mengalami gangguan semasa haid
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:51 AM | Show all posts
KL, Putrajaya & Labuan Dilarang Merasuah/Songlap Mulai Tahun 2017- Ku Nan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 10:58 AM | Show all posts
harrypoter replied at 12-10-2016 10:45 AM
hehe
tak salah tu bro...betul poli ni memang memakan masa yg lama utk dihapuskan secara semula ja ...

ok. noted. so plastik makan jutaan tahun kan utk terurai. i mean secara semulajadi....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.307809 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list