CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 750|Reply: 0

Aksi Persahabatan Antarabangsa: Harimau Malaysia Terikat 1-1 Dengan Afghanistan

[Copy link]
Post time 12-10-2016 11:19 AM | Show all posts |Read mode


sumber foto: http://media.themalaymailonline.com/



Biarpun masih gagal mencari kemenangan pertama selepas mengharungi tiga aksi persahabatan, semalam skuad Harimau Malaysia bimbingan Jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menunjukkan peningkatan prestasi ketika mengikat Afghanistan 1-1 di Stadium Shah Alam.


Kali terakhir Skuad Harimau Malaysia mencatatkan kemenangan ialah pada 22 Jun apabila menewaskan New Caledonia 2-1 ketika Jelajah Ocenia, yang kemudiannya tidak diiktiraf oleh FIFA kerana kesilapan teknikal di pihak penganjur.


Dalam aksi semalam, pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-21 apabila sepakan melencong Noarollah Amiri dari sudut kiri luar kotak penalti gagal diselamatkan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.


Tersentap dengan jaringan itu, skuad Harimau Malaysia mula mempamerkan corak permainan menyerang dan cubaan pertama skuad kebangsaan hanya hadir pada minit ke-33 apabila bola tandukan pemain pertahanan, Shahrul Mohd Saad tersasar di atas palang gol.- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.042187 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list