CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10651|Reply: 28

13 Jenis ‘Scam’ Yang Popular Di Malaysia, No. 2 Dan 13 Orang Melayu Selalu Terke

[Copy link]
Post time 19-10-2016 11:46 AM | Show all posts |Read mode


Kredit foto - Lifehacker




Dalam era dunia serba moden ini, setiap saat manusia menggunakan kemudahan teknologi dan melakukan hampir semua perkara hanya di hujung jari sahaja.


Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Namun disebalik kemudahan itu, terdapat manusia yang tidak bertanggungjawab cuba menipu pengguna lain dengan pelbagai taktik untuk tujuan mendapatkan wang dengan jalan mudah.



Pelbagai taktik penipuan atau dipanggil "scam" digunakan oleh individu dan juga sindiket yang menjalankan jenayah komersil ini.


Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling popular yang digunakan oleh golongan ‘durjana’ malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.


1. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.


Gambar hiasan




2. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

4. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.


5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.


Kredit foto - iWant2Trade






6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.


Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.


7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.


Gambar hiasan




8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.


Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.


9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.


Kredit foto - mStar




10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.


11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.


Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.


12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan.



Kredit foto - dailymail





13. Love Scam
Modus operandi: Percintaan dengan lelaki Afrika begitu mengasyikkan, sehingga ada wanita Malaysia sanggup menyerahkan segala-galanya. Laman mencari cinta, atau dating websites, mungkin memudahkan proses mencari pasangan hidup, namun adakah orang kita kenali menggunakan identiti yang sebenar? Atau terdapat identiti yang berbeza di sebalik gambar kacak atau cantik yang digunakan? Ramai gadis mahupun lelaki terjerat dengan taktik ini. Mereka digoda sehingga menyerahkan gambar atau video bogel kemudian diugut bahan privasi tersebut akan disebarkan di internet jika tidak membayar wang seperti yang diminta.




Memetik laporan mStar, satu kajian yang dijalankan oleh Telenor Group, sebuah syarikat telekomunikasi multinasional Norway dengan operasi di Scandinavia, Eropah dan Asia, awal tahun ini mendapati bahawa Malaysia adalah negara yang paling terdedah kepada penipuan di internet.


Kajian penipuan internet ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai kes ini dengan melibatkan pengguna 400 yang berusia antara 18 dan 65 tahun, di empat negara - Malaysia, India, Singapura dan Thailand. Malaysia mendahului senarai dengan 46 peratus daripada responden berkata mereka telah menjadi mangsa penipuan internet, diikuti oleh Thailand, 43 peratus.


Kira-kira 46 peratus daripada responden Malaysia, yang kesemuanya menyifatkan diri mereka sebagai pengguna internet dengan purata hampir 10 jam setiap hari berkata mereka  tahu tentang rakan atau ahli keluarga yang pernah ditipu dalam talian.


Jadi kepada semua pembaca, berhati-hatilah ketika melayari internet atau jika mendapat panggilan/sms tawaran hebat. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan pelbagai tawaran dan janji manis dari mana-mana individu/pihak yang diragui. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna lagi. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan sy berkali2 ditipu love scam..masih tak nak dgr nasihat..mudah dibuai kata2 manis
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 11:58 AM | Show all posts

ramai awek gemuk berangan nak batang besar selalu kena tipu ngan nigga
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:09 PM | Show all posts
patutnya da zaman internet ni masing masing dah ada smartphone patut dah aware dengan scam scam gini tapi masih ramai yang tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilangan terbanyak ke  


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nyanyan replied at 19-10-2016 12:09 PM
patutnya da zaman internet ni masing masing dah ada smartphone patut dah aware dengan scam scam gini ...


I dun think sbb nk batang besar..sbb mgkin golongan tu je yg ngorat diorg..bagi kata kata manis..harapan palsu..kesian juga kekadang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2016 12:41 PM | Show all posts

gambar tok bomoh tu kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat kerja aku dulu seberang ofis gores dan menang. Memang sakit hati tengok pakcik makcik entah dari kg mana kena tipu.
Kes paling extreme suami mangsa mengaruk nak bakar ofis dorang kalau tak pulang duit. Puas hati tengok bebudak gores n menang pucat lesi mengigil ketakutan. Padan muka...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang lelong barangan kastam tu memang dari dulu lagi. Sama gak lah ngan bomoh & cinta scam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 01:55 PM | Show all posts
aku hampir terkpenah kena yg no 6, 8, 10 dan 13.  yg no 10 dan 13 tu paling aku igt pasal aku saje aje lagi melayan, no 10 tu datang ke rumah, konon2 buat survey brngan rumah. then selesai tu, dia blah. then 10min datang semula, kata lupa nak kasi borang goris cabutan bertuah. goris2 menang kesahnya, dia plak dok terkinja2 dpn aku, aku statik aje emosi. kata, jgn lupa kan dia kalau dah menang, then aku tawarkan hadiah kat dia, dia kata takleh pasal dia staff. aku kata aku takleh ikut dia, pasal kena jaga adik aku. then dia kasi no phone bos dia, suruh call. smp kesudah harus la aku tak call.

yg no 13 tu, aku layan sampai part dia minta masukkan duit. aku kata aku dah masukkan duit, dia kata belum. so aku tepek gambar meme menganjingkan dia. terus tak contact aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 01:55 PM | Show all posts
love scam ni kdg2 perempuan yg xde org nk ngurat, badan besar n xde pakwe.. tp dlm hati nak gak bercinta.. jd la kes tipu2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 01:57 PM | Show all posts
jual beli tanah tu arwah ayah penah kena. dah la yg scam tu org masjid pulak tu. teruk betul perangai.

lagi satu kes cek tendang tu. ada customer aku bagi cek tendang. bila call nmbor yg dia bagi, akak operator yg angkat ckp nombor tiada dlm perkhidmatan.

macam2 la manusia ni nak buat benda keji. org lain susah2 cari duit, manusia2 ni senang je nak songlap
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 02:16 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 19-10-2016 12:39 PM
I dun think sbb nk batang besar..sbb mgkin golongan tu je yg ngorat diorg..bagi kata kata manis. ...

salah reply   ni tekejut baca nak batang besar
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nyanyan replied at 19-10-2016 02:16 PM
salah reply   ni tekejut baca nak batang besar

Astagaaaa..sori2..meols nak reply comment forumer shark tu            
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 02:48 PM | Show all posts
@CARI-HBZ
2 & 13 Cina & kaum lain pun selalu terke la bodoh. Dasar wartawan Cari hidup susah,berhutang sama along. Sentiasa dalam penafian
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 02:56 PM | Show all posts
mirandanicky1 replied at 19-10-2016 11:52 AM
Ada kawan sy berkali2 ditipu love scam..masih tak nak dgr nasihat..mudah dibuai kata2 manis

Love scam biasa tak ada pun macam bahalol yang buka topik ini dakwa. Kes terpencil sesama cina malaysia saja ada ugut sebar gambar atau video lucah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 02:59 PM | Show all posts
Negro menyamar jadi melayu, jadi perempuan pun ada. Dasar bangsa bapok
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
shark replied at 19-10-2016 11:58 AM
ramai awek gemuk berangan nak batang besar selalu kena tipu ngan nigga

Org gemuk pn nk rasa disayangi gak..tp tkde yg nk melayan...lel melalyu confirm nk yg comel2 je kan...bkn faktor btg semata2...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nk terjebak ngan love scam ni ye...nk cuba tgk lah sekali...haha...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:33 PM | Show all posts
Negro rata rata batang kecil saja. Cuma menang sorak dalam senarai lamunan. Itu sebab bila ada sorang negro besar timun terus dilabel anaconda oleh negro lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.220453 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list