View: 1642|Reply: 4
|
Mulai November, Tempat Awam Dilarang Merokok Di Filipina!
[Copy link]
|
|
sumber foto: www.thesun.co.uk
Berkuatkuasa November ini, aktiviti merokok tidak akan dibenarkan sama sekali di tempat awam, sama ada di dalam atau luar premis.
Menurut Setiausaha Kementerian Kesihatan, Paulyn Jean Rosell-Ubial, pada penghujung bulan ini, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan menandatangani peraturan larangan merokok di tempat awam seluruh negara.
“Taman, stesen bas dan malah dalam kenderaan persendirian pun tidak dibenarkan, semua ini dianggap tempat awam."
“Tindakan tegas akan diambil seandainya pelaku tersebut enggan mematuhi peraturan baru ini.”
Bagaimana pun, kawasan khas merokok akan didirikan sekurang-kurangnya 10 meter di luar bangunan.
Dalam pada itu, rata-rata kumpulan yang mengadakan kempen kesihatan menyambut baik langkah tegas yang diambil oleh Duterte yang juga terkenal dengan rekod anti jenayah tegar.
Kira-kira 17 juta penduduk atau hampir satu pertiga jumlah penduduk dewasa merupakan perokok tegar merokok di Filipina, angka tersebut kedua tertinggi di rantau itu selepas Indonesia.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la sbb adakan tmpt utk merokok..at least xder la perokok semua curik2 hisap kt tmpt awam |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la haramkan merokok kat tempat awam sebab ade sesetengah perokok ni otak dia bebal sikit. Baru ni aku pergi aeon. terang2 la kat dinding tepi autopay tu ade tulis no smoking, kemain lagi jantan2 berasap berjemaah kat situ. makan asap banyak sgt sampai sel otak rosak barangkali.
Kat R&R pon sama jugak, bersap ikut suka dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila msia nk buat? Mcm thai n pilipina.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|