View: 3442|Reply: 16
|
'Banyak Cakap, Saya Hantar Mat Cangkul!' - Komen TMJ Cuit Hati Netizen
[Copy link]
|
|
Meskipun gagal mempertahankan Piala AFC selepas tumpas kepada Bengaluru, namun pasukan JDT telah mencatat rekod tersendiri bagi arena sukan negara.
Ini kerana ia menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang mara bukan sekali, malah dua kali ke peringkat separuh akhir Piala AFC.
Dalam perlawanan itu, JDT tewas dengan agregat 2-4 selepas seri 1-1 dalam separuh akhir pertama di tempat sendiri dan tewas 1-3 dalam separuh akhir kedua di Bangalore, India.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman rasmi Johor Southern Tigers, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap mengucapkan tahniah kepada pemainnya.
Baginda berkata JDT tetap pasukan terbaik di Malaysia meskipun gagal di Piala AFC selepas merebut tiga piala tahun ini iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.
"Bagi saya keputusan yang tidak begitu memuaskan. Tetapi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemain-pemain JDT."
Namun, seperti biasa nampaknya ada cakap-cakap dari kalangan netizen yang cuba memperlekeh dan juga mengkritik pasukan itu bila tidak berjaya membawa pulang kemenangan.
"Hari ini saya nampak lebih banyak rakyat Malaysia jadi rakyat India pulak. Macam happy sangat sedangkan kita ni pasukan JDT yang mewakili negara. Tetapi sikap lalang ni tunjuklah orang Malaysia macam mana. Saya tidak peduli apa yang orang lain cakap," katanya.
Tunku Ismail juga secara sinis memberi amaran buat mereka yang nampak tak 'reti' menutup mulut atau sentiasa dengan komen negatif. "Saya akan hantar Mat Cangkul!"
Komen perihal "Mat Cangkul" itu sahaja telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen. Lihat sahaja dalam masa singkat video tersebut telah mendapat 25,000 kali perkongsian!
Mereka menunjukkan sokongan kepada TMJ dan berkata baginda menunjukkan sikap yang tegas dan bersungguh memberikan perbaharuan serta membawa nama Malaysia ke peringkat Piala AFC.
Netizen juga berasa terhibur dengan komen TMJ berikan dan menganggap baginda mempamerkan sisi berlawak ketika memberikan komen yang serius.
Apa pula kata anda dengan prestasi pasukan JDT ini di Piala AFC? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tgk gak video ala2 Diva ni smlm..
Dlm hati akak berkata..patut la species perangai mcm Mat Cangkul ni wujud di negeri itu....hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mat cangkul tu apa?....
Pengali kubur erkk.....? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha..lawak... |
|
|
|
|
|
|
|
oppol replied at 21-10-2016 03:42 AM
Mat cangkul tu apa?....
Pengali kubur erkk.....?
Laki gemuk yg bawak cangkul serang pekerja nak potong bekalan air yang viral tu. Kes di johor rasenye .. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh...gitu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mat cangkul lembik macam sial pun dia takut. Buat malu diri sendiri jer |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur iols dok selangor bil air yilleekkk foc gitu,takdalah mat2 cangkul ala2 luke skywalker |
|
|
|
|
|
|
|
Kalolah....TMJ Presiden FAM kelak...ada berani ka korang nk 'cakap apa'????? |
|
|
|
|
|
|
|
cuit hati org johor je |
|
|
|
|
|
|
|
Nama je tmj.tp cara bercakap mcm kelas rempit... nak berlawak pun. Nampak ar cerdik sikit.. mcm tun m.. berseloroh berlawak pun still nampak bijak |
|
|
|
|
|
|
|
Arghhhhhh malasla nk komen team hati tisu ni. Kang komen lelebeh kang berangkut semakphong plk.
Congrats bengaluru luaskan kuasa mu |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn emo sgt awk tu raja.. Normal le keji puji asam garam... Cth artis nmpk rileks kena gossip |
|
|
|
|
|
|
|
Dia muda lg. Aku tengok ok je la dia. Dalam slamber2 dia tu ada gak isi. Bila dah berumur skit mesti lg matang. A good leader.
Aku dgr dia ckp mat cangkul da tergelak. 3 org kat blkg tu mcm xde perasaan plak. Kalau aku dah berdekah da.
Btw, aku rasa ni lakonan je. Means, tmj da tau ada org nak iv dia. Cara dia jln patu bila org ni tegur nak iv nmpk mcm tmj da ready. Speku je. |
|
|
|
|
|
|
|
cara dia cakap agak stuck up. |
|
|
|
|
|
|
| |
|