Sumber Foto: IG Janna Nick
Sebelum ini pelakon cantik manis Janna Nick telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari daripada bersaing dalam separuh akhir Muzik-Muzik 31 yang akan berlangsung pada 4 November depan.
Namun hasrat tersebut dibatalkan serta merta setelah dipujuk oleh Kunci Demak, komposer dan penulis lirik lagu nyanyiannya yang berjudul Mungkin Saja itu.
Ketika dihubungi Harian Metro berkenaan keputusan mengundur diri sebelum ini, Janna Nick memberikan alasan dirinya kurang bekemampuan sebagai penyanyi.
“Saya terbabit dalam bidang nyanyian hanya suka-suka dan bukan untuk bertanding. Saya tak pernah menyimpan cita-cita untuk bersaing atau sebaris dengan penyanyi handalan sedia ada. Dalam erti kata lain, saya masih sedar diri."
Tambahnya lagi, dia sedar akan kemampuan dan kualiti vokalnya dan tidak kisah sekiranya kalah dalam bidang muzik. Malah, ketika muncul dengan single ini juga dia tahu di mana kedudukannya.
Namun Janna juga sedar yang dia tidak boleh mementingkan diri sendiri memandangkan lagu tersebut adalah ciptaan orang lain.
Kenyataan ini sekaligus menepis andaian orang ramai yang mengatakan dia menarik diri gara-gara tidak boleh menyanyi secara langsung.
"Saya selalu menyanyi secara langsung. Ketika merakamkan lagu Mungkin Saja ia menggunakan suara asli saya dan bukannya ‘auto tune’," katanya.
Bagaimana pula pendapat orang lain? Sedap ke tak suara Janna Nick ni? -CARI |