Mahligai perkahwinan yang dibina pasangan terkenal Bollywood ini, Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan nampaknya sudah masuk tahun ke-25.
Perhubungan yang mencecah suku abad itu masih utuh bertahan dan khabarnya merpati dua sejoli ini akan menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka di Sepanyol.
Menurut Indian Express, walaupun dengan jadual yang ketat dan kesibukan menjalani penggambaran di Lisbon, Portugal untuk filem The Ring sekarang ini, Shah Rukh Khan akan memastikan dirinya ada di sisi isteri untuk menyambutnya bersama.
Ramai yang membuat andaian pasangan tersebut akan menyambut hari istimewa mereka di Mumbai, India namun keputusan yang dibuat Shah Rukh dan Gauri untuk menyambutnya di Sepanyol agak mengejutkan.
Majlis tersebut telah dirancang secara teliti, tetapi kecil-kecilan dan cuma dihadiri beberapa teman rapat.
Iringan dari kumpulan muzik dijangka menjadikan majlis ringkas itu berubah romantis dan menyerikan lagi suasana.
Shah Rukh dan Gauri mengambil keputusan untuk berkahwin pada 25 Oktober 1991 selepas 8 tahun menyemai cinta.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan (19 tahun), Suhana (16 tahun) dan Ab Ram, yang kini berusia tiga tahun.-CARI
SRK mmg islam.. bini dia hindu. penulis artikel saja nak stress psl bininyer tu. rasanyer kat Indonesia pun ader org yg kawin lain2 agama.. pastu suruh anak pilih sendiri nak ikut agama mana
ai plak yg stress baca info tak tepat
walaupun SRK ngaku dia Islam dan jarang amalkan agama kelahiran beliau, adelah kejam bila TT menghindukan beliau dek kerana bini beliau yg tidak pernah mengucapkan kalimah syahadah..
Post time 30-10-2016 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dulu agak pelik jgk la knp die kawen ngan gauri berkerak ( ketika tu ) walhal beribu lg yg jauh lebih jelita hatta tahap miss universe die leh dpt. tp tulah kalo dh cinta, amik ko..dh nk masuk jubli emas dh pn. eh emas ke?
dia dah bercinta lama masa zaman universiti dulu..
lg gauri ini srk bg duit malabur utk isteri die bisness lanscape for house..
juta2 gak masuk duit..hahaha
Stok2 Karina and laki lah ni..sorang muslim and hindu. Bila ditanya kesohehan agama, dan dan serong sana sini supaya persoalan pokoknya mesti ditebang x terjawab. Canolah masa ijab tu kan. From the very beginning je dah konpius.
Dulu pelik awatlah si srk ni kahwin dgn gauri. Yang berlakon dgn dia lagi banyak cun cun. Cintakan..tutup saja mata hehe. Anyway selamat menyambut ulangtahun perkahwinan srk & gauri