Terlajak menarik! Restoran ini menyediakan aneka pilihan Nasi Kerabu yang pasti membuat anda rambang mata, sekali gus menggecarkan tekak anda.
Nasi Kerabu ini menggunakan pewarna asli dari bunga telang yang menjadikan nasi berwarna kebiruan.
Apa kelainannya di Restoran Nasi Kerabu Cikgu CT ini? Sudah pastilah variasi Nasi Kerabu yang ada. Menu paling 'hot' di sini adalah Nasi Kerabu Kambing Bakar!
Bukan itu sahaja yang menjadikan restoran ini menarik adalah ia turut menyajikan:
1. Nasi Kerabu Udang 2. Nasi Kerabu Sotong Crisy 3. Nasi Kerabu Ayam Bakar 4. Nasi Kerabu Daging Bakar 5. Nasi Kerabu Ayam Percik 6. Nasi Kerabu Ketam Goreng 7. Nasi Kerabu Burung Puyuh 8. Nasi Kerabu Siakap Bakar 9. Nasi Kerabu Ayam Kampung Goreng Berempah
Sumber foto: IG Nasi Kerabu Cikgu CT
Restoran ini bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis Nasi Kerabu, malah ia menyediakan pelbagai variasi makanan seperti:
1. Cendol Pulut Durian 2. Cendul Pulut Tapai 3. Pulut Mangga 4. Char Kuey Tiaw special 5. Nasi Berlauk Klate 6. Laksam
7. Dan BANYAK lagi!
Selain itu, jika anda mengunjungi restoran ini, jangan lupa memesan Sup Kepala Ikan Merah + Daging.
Tak jauh, dekat saja! Restoran ini terletak di 17, Jalan Anggerik Emas 1, Taman Anggerik Emas, Skudai, Johor. Berdekatan Taman Impian Emas, kawasan kedai baru menghadap Jalan Kempas Lama. Restoran ini beroperasi dari 7 pagi hingga 12 malam.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-7261661/019-7631976, atau layari https://www.instagram.com/nasikerabucikguct/.
Amacam? Anda dah sedia nak serbu Restoran Restoran Nasi Kerabu Cikgu CT ini? - CARI