Sumber Foto: money.cnn.com
Seorang lelaki di India sangat bermurah hati dan layak digelar 'Bos Terbaik India' apabila membuat keputusan untuk memberikan apartmen dan kereta kepada 1700 orang pekerjanya.
Peneraju syarikat berlian Hari Krishna Exports, Savji Dholakia telah menghadiahkan lebih 1200 buah kereta dan 400 apartment kepda pekerjanya sempena Deepavali.
Menurut CNN, kesemua hadiah tersebut diberi kepada pekerjanya yang menunjukkan ciri-ciri taat, bekebolehan dan bernilai kepada syarikat.
Jumlah keseluruhan pemebrian Savji dianggarkan bernilai RM 32.3 juta
"Kami mempunyai hasil eksport bernilai lebih AS$700 juta ke lebih 70 negara, tetapi tiada yang lebih bernilai daripada pekerja kami," kata Savji.
Dua tahun lepas namanya sudah menjadi popular kerana memberikan 200 apartment, 400 kereta dan 500 set perhiasan kepada 1,200 pekerjanya.
Walaupun menurut bancian menunjukkan yang pekerja India lebih menggemari wang tunai, namun Savji lebih suka memberikan hadiah dalam bentuk yang lebih praktikal. -CARI |