"Suka-suka cakap aku dibayar."
Pengarah, Michael Ang atau lebih dikenali sebagai Mike menafikan dakwaan dia didakwa dibayar untuk mempromosikan produk Pamoga Qu Puteh di konsert Gegar Vaganza yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kelmarin.
Mike menangkis dakwaan dia dibayar untuk mempromosikan produk itu dan menjelaskan keadaan sebenar melalui akaun Instagramnya.
Menurutnya, dia sudah menggunakan produk Pamoga dalam tempoh yang lama dan dia memang menyukai produk itu.
"Sejak minum Pamoga, tidur lebih lena dan bila bangun I feel fresh," katanya.
Mike mengakui moodnya menjadi tidak menentu dan mudah marah-marah jika tidak mengambil produk itu walau sehari.
Menurut Mike, isu dia dibayar untuk 'buat spot' di GV 3 adalah suatu fitnah dan tidak adil.
“I tak dibayar untuk spot tu. Feeling korang,” katanya lagi.
Sumber foto: IG Michael Ang
Dalam pada itu, Mike turut menyarankan agar peminat mula mengambil produk Pamoga kerana dia memang yakin produk itu adalah bagus dan berkesan.
Kalau sesuatu berita itu belum sahih lagi kebenarannya, janganlah cepat saja mulut dan tangan berbicara kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah. Tidak begitu? - CARI |