Umum biasa mendengar kes keganasan terhadap wanita. Namun, bagaimana pula jika wanita yang bertindak ganas?
Sebuah video dari Australia yang memaparkan seorang gadis menyerang seorang lelaki di hadapan sebuah 7-Eleven, menjadi viral. Video itu sekali gus menimbulkan isu mengenai konsep keganasan terhadap lelaki.
Untuk tonton video, sila klik link ini: https://au.news.yahoo.com/a/33062169/viral-violence-emerald-woman-punches-man-in-head-outside-7-eleven/#page1
Dalam pertengkaran itu, gadis itu dilihat memukul sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada lelaki bernama Chris Graham, 19, yang merakam video dirinya diserang itu.
Menurut Chris, dia sedang dalam perjalanan ke Hotel Eatons Hill ketika terserempak dengan gadis itu di sebuah 7-Eleven tempatan yang dipercayai seorang ejen harta tanah.
"Saya pun tak pasti bagaimana ia boleh berlaku," katanya kepada Yahoo7.
Sepanjang merakam video itu, Chris hanya tersenyum dan memberi isyarat 'thumbs up' selain tersenyum sinis.
"Dia meminta 6 dolar atau lebih kurang RM 20 daripada saya sambil menceritakan kisah hidupnya yang berasal dari Emerald, Queensland. Jadi saya cakaplah 'classic emerald' dan diapun terus melenting," katanya.
Menurut Urban Dictionary, Classic Emerald bermaksud perilaku seorang wanita mengangkat skirtnya sebagai pertukaran 6 dolar untuk membeli makanan.
Menurut Yahoo7, pertengkaran itu pada asalnya bermula di dalam kedai itu, namun dibawa keluar dengan segera di mana gadis itu dilihat terjerit-jerit dan memukul Chris.
"Dia asyik menjerit 'ulang lagi' dan saya tertanya-tanya apa masalah dia sebenarnya," tambah Chris.
Menurut Chris, dia tidak tahu apa yang membuatkan dia tergerak untuk merakam video itu dan langsung tidak membalas balik perlakuan gadis itu terhadap dirinya.
"Bayangkan kalau saya balas balik, apa agaknya yang akan berlaku kepada dia," soal Chris.
Video itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengatakan isu keganasan adalah salah tidak kira jika pelakunya lelaki atau perempuan.
Sumber foto: FB John Curran
Sumber foto: FB Ash Smith
Jika lelaki memukul wanita, dia dianggap lemah. Bagaimana pula jika wanita yang melakukan keganasan? |