Tak perlu bayar mahal-mahal untuk beli tiket kapal terbang semata-mata untuk merasa makanan Thai. Restoran Thai Tuk Tuk ada menyediakan makanan dari Thai yang dibawa istimewa dari negara itu.
Restoran ini dibuka di Publika, Jalan Dutamas. Muslim juga boleh mengunjungi dan memesan makanan di restoran ini kerana menu nya adalah 'pork free'.
Hiasan dalaman restoran ini pula kelihatan mesra dan bertenaga, jadi ia mudah menarik perhatian pengunjung dari kejauhan.
Restoran ini terkenal dengan makanan tepi jalan yang berasal dari Phuket, Bangkok, Chiang Mai, Udon Thani dan Hatyai.
Menu disediakan pula adalah dari bermacam variasi. Dari makanan laut, hidangan mi dan sup, hinggalah ke hidangan nasi dan pencuci mulut.
Seperti biasa, makanan Siam pasti sedap-sedap belaka terutama Tomyamnya. Pasti 'terangkat'. Hanya harganya sedikit mahal dari makanan Thai yang boleh didapati di kedai-kedai biasa. Tapi, belum cuba, belum tahu bukan? Apa lagi? Marilah beramai-ramai serbu ke restoran Thai Tuk Tuk ini! - CARI |