View: 2011|Reply: 17
|
Jamal Yunos Ketuai Kumpulan Baju Merah 'Terjah' Ibu Pejabat Malaysiakini
[Copy link]
|
|
sumber foto: Malaysiakini
Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kelmarin mengetuai Kumpulan Baju Merah hadir ke pejabat Malaysiakini yang terletak di Jalan Tandang, Petaling Jaya.
Sambil melaungkan "Hidup kumpulan baju merah" dan "Musnahkan Soros", para penyokong kumpulan baju merah meminta pihak Malaysiakini membenarkan mereka masuk kedalam premis.
Menurut laporan Malaysiakini, ketika di luar pejabatnya, Jamal dan penyokongnya "minta pekena kopi dan pisang goreng", malah memaklumkan penyokong yang dibawa tidak pun melebihi seribu orang dan kehadiran mereka bukan untuk membuat kacau.
Kemudian, pihak pengurusan Malaysiakini menjemput Jamal masuk ke dalam pejabat untuk mengadakan perbincangan sambil pekena teh tarik, pihak pengurusan Malaysiakini yang bertemu Jamal terdiri daripada Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, Ketua Pengarang RK Anand dan Pengarang Bahasa Malaysia Jimadie Shah Othman.
Semasa perbincangan, Jamal menegaskan kali ini adalah perhimpunan yang aman, tetapi mengugut sekiranya Malaysiakini tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang dana yang diterima daripada hartawan asing George Soros, kumpulan Baju Merah akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada Sabtu ini iaitu 5hb Oktober dan meruntuhkan sebahagian bangunan pejabat Malaysiakini.
Malaysiakini turut melaporkan, ketika itu Jamal menyatakan "Sekiranya tidak dapat beri penjelasan , maka kami badan bukan kerajaan (NGO) yang datang dari seluruh negara, akan mengadakan perhimpunan di sini yang melibatkan 20,000 orang.... dan pada masa yang sama akan juga memastikan sebahagian bangunan itu diruntuhkan."
Justeru itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan serta-merta mempersoalkan Jamal, berdasarkan maksud perkataan yang disebut itu, adakah dia nak runtuhkan pejabat Malaysiakini?
Jamal menjawab, "Saya tidak tahu, saya tidak tahu macam mana ianya runtuh, saya tidak kata runtuh, awak yang cakap."
Selepas keluar dari pejabat Malaysiakini, ketika terima temuramah dari pihak media, Jamal berulang kali menegaskan Malaysiakini mengakui terima modal dari Soros.
Apabila ditanya wartawan, samada akan meneruskan perhimpunan di luar pejabat Malaysiakini pada Sabtu ini, Jamal pula mengatakan, "Kami tengok dulu apa reaksi Malaysiakini dalam sehari dua ini. "
sumber foto: Malaysiakini |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 4-11-2016 10:10 AM
Sandiwara of the year betul.... tertipu bagak rakyat dibuatnya. Kemaren baru turun dari pesawat, ditangkap, digari, kejap belakang kejap depan, hari ini dah boleh demo dah. Hantu raya ke orang ni? Sepatutnya demolah mgnai kenaikan minyak masak atau bantu kementerian selongkar pihak2 yg sorokkan minyak masak. Baru boleh dikatakan pejuang nasib rakyat..... Sebok demo sana-sini, tak kerja ke, tak niaga ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Semak betul jantan x guna ni.: |
|
|
|
|
|
|
|
Nyampah betul aku nengok muka menatang nih..phuiii |
|
|
|
|
|
|
|
dpt duit dr soros tu hulur2 la sikit kat abg kawasan..itu pon x paham2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak la pekerja malaysiakini semua miskin hina berhutang along keliling pinggang |
|
|
|
|
|
|
|
Jamal menjawab, "Saya tidak tahu, saya tidak tahu macam mana ianya runtuh, saya tidak kata runtuh, awak yang cakap."
Tak sampai seminit dia cakap ...tak mengaku pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mana tau semua tu sis.
Entah2 tak tau pun petrol & minyak dah naik harga.
Tak tau kot gas masak pun bakal naik harga.
Tol pun kerajaan dah bercita2 nak naikkan.
Dia tak tau, ilmu dia tak setaraf sis..
|
|
|
|
|
|
|
|
am just about to say this but since today's friday ku kemam saja kata2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
kornea replied at 4-11-2016 10:55 AM
Dapat duit dari soros ? Lu nyanyok ka?
lu bodoh ka tak sekolah?
Selepas keluar dari pejabat Malaysiakini, ketika terima temuramah dari pihak media, Jamal berulang kali menegaskan Malaysiakini mengakui terima modal dari Soros. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau MK dapat fun ding dari China kuminis, gimana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikut memikirkan masalah semasa sebenarnya tak memerlukan ilmu yg khusus tetapi adalah kesedaran dan kepekaan. Ilmu yg tinggi pun kalau kecerdikan tidak digunakan dan alimya tidak di tempat, itu semua tak akan membantu menyelesaikan masalah. Nak demo tak perlukan skrol sijil pelbagai tetapi nak menjadi seorang pejuang, harus miliki roh dan iktikad yg baik sbg seorang pemimpin yg boleh disegani.
Spt yg sudah ditunjukkan oleh dato' Jamal Sekincan, di mana harus sebenarnya dia meletakkan harga dirinya sbg seorang yg ada gelaran? Layakkah dia mempamerkan lagak bak seorang samseng dan provokator. Sudah benarkah cara dia beraksi shnga menimbulkan rasa benci dan menyampah orang ramai terhadap diri dia. Apa perjuangan sebenar yg mau dia buktikan: sbg seorang pemimpin untuk diperlihat jasa baktinya, mudah2an ada peluang pada PRU akan datang? Riak ikan di air orang boleh tahu akan spesiesnya dan hari ini rakyat tak bodoh mcm dulu lagi. Orang dah boleh baca kalau udang tak lagi di sebalik batu malah tertera menghias mangkuk mi. Besarnya udang terhias indah, maharnya tentu yg sepatutan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ting tong dia ni. Telan pil hormon byk sgt ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dato seri pengedar dadah besar.... tokan besar dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
5 oktober??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|