CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1963|Reply: 3

Jakarta Berdemo, Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Masuk Ke Kota Hari Ini

[Copy link]
Post time 4-11-2016 10:25 AM | Show all posts |Read mode




sumber foto: newsimg.bbc.co.uk




Susulan dijangka lebih 100,000 rakyat Indonesia akan menyertai demonstrasi secara besar-besaran di Jakarta, rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak memasuki Jakarta pada hari ini.


Ia bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam demonstrasi rakyat Indonesia yang dijadual berlangsung di sekitar ibu kota itu.


Difahamkan demonstrasi diadakan bertujuan untuk mendesak Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dikenakan tindakan undang-undang kerana mempertikaikan ayat al-Quran dalam surah Al Maidah.


Menurut laporan Bernama, duta Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memaklumkan, kedutaan sedang memantau perkembangan semasa mengenai demonstrasi berkenaan dari semasa ke semasa.


Rakyat Malaysia yang masih perlu ke Jakarta dinasihati supaya mendaftar dengan kedutaan menerusi perkhidmatan dalam talian e-konsular di laman web www.kln.gov.my.


Manakala, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular pula diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia +62 215224947 atau +62 81380813036 pada waktu pejabat.- CARI



sumber foto: http://gdb.voanews.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2016 10:32 AM | Show all posts
DH mcm askar dlm starship troopers
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam bersih gak le kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 11:00 AM | Show all posts
ahok ni cina laknat  ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.485450 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list