Sumber Foto: http: www.hellomagazine.com
Kalau perasan, kehidupan peribadi Adele memang jarang dikongsikan untuk tatapan umum.
Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang tidak mengetahui dia sedang bercinta dengan Simon Konecki dan hasil percintaan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki.
Menurut OK! Magazine, selepas sudah lama menjalani kehidupan bersama, mereka kini dikhabarkan akan berkahwin pada Disember tahun ini.
Tambahan lagi, Simon sendiri sudah pun melamar penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like You itu pada pertengahan Ogos lalu.
Sebelum ini Adele dikatakan tidak mahu memakai cincin tunang dan memberi alasan ia bagi menjaga privasinya.
Kata sumber, "Mereka sangat berahsia dan hanya merancang untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan dihadiri orang yang terdekat sahaja."
Sumber Foto: www.mirror.co.uk
Sayangnya sehingga kini masih belum ada kepastian lagi yang keluar dari mulut mereka tentang perkara ini.
Buat peminat setia Adele, kita doakan sahaja kebahagiaan mereka, okay? -CARI |