Sebut sahaja Indonesia, pulau yang sering disebut-sebut adalah Bali, Lombok dan banyak lagi. Tidak kurang menariknya adalah Pulau Cinta yang cantik, eksotik, dan romantis. Sama seperti namanya, Pulau Cinta, pulau itu sangat unik kerana ia berbentuk seperti hati. Romantik bukan?
Terletak di Gorontalo, Sulawesi, pulau itu mempunyai legendanya tersendiri di mana pulau berbentuk hati itu menjadi lokasi pertemuan rahsia antara pangeran Gorontalo dengan seorang puteri saudagar dari Belanda.
Ternyata, kisah dongengnya juga romantik! Selain itu, terdapat 15 chalet yang mengelilingi Pulau Cinta dibina khas buat pelancong.
Tempatnya yang berada di tengah-tengah pantai serta jambatan kayu yang memanjang menambah suasana berbeza yang sangat indah saat bermalam di situ.
Sumber foto: http://sukagitu.com
Dari lapangan terbang Jalaluddin, anda boleh menyambung perjalanan ke Tilamuta dengan menyewa bas atau kereta yang memakan masa selama lebih kurang dua jam.
Setibanya di Tilamuta, perjalanan diteruskan lagi dengan menaiki feri atau motobot menuju ke Pulau Cinta yang memakan masa kira-kira 30 minit.
Bentuknya yang unik, keindahan alamnya, dan kisah romantis di sebalik pulau itu menjadikan tempat ini sesuai untuk mereka yang sedang mencari ketenangan atau untuk berbulan madu. - CARI
|