Cuba tanya orang di sekeliling anda jika mereka mempunyai masalah ketagihan pornografi. Pasti tiada yang akan jujur memberi jawapan.
Sumber foto: kompas.com
Tahukah anda bahawa ketagihan filem lucah boleh mengundang bahaya dan pelbagai kesan negatif. Namun, anda akan menikmati beberapa faedah jika anda berjaya melawan nafsu dan menghentikan ketagihan lucah. Nak tahu apa faedahnya?
1. Rasa Lebih Bahagia
Berhenti menonton video porno akan memberi anda lebih waktu untuk mengejar kebahagiaan yang sesungguhnya kerana ketagihan pornografi haya akan membuat anda merasakan kekosongan dan keinginan untuk melihat lebih banyak video porno (Sumber: University of Wisconsin).
Kemungkinan untuk anda kemurungan juga akan berkurangan.
2. Elak Serangan Jantung
Jantung anda akan lebih sihat selepas berhenti menonton filem lucah kerana sering beronani selepas menonton filem lucah akan menyebabkan lelaki menghidap penyakit disfungsi erektil yang mana adalah 1.6 kali lebih berisiko mengalami penyakit jantung (Sumber: Persatuan Jantung Amerika).
Sumber foto: www.infosihat.gov.my
3. Seks terasa lebih hebat
Seks tidak sama dengan video porno.Terlalu banyak menonton video porno akan menyebabkan kehidupan seks anda kurang memuaskan. Meninggalkan ketagihan filem lucah akan meningkatkan selera seks anda yang sebenar (Sumber: Itali Persatuan Andrologi dan Perubatan Seksual).
4. Menjadikan Anda Lebih Kuat
Dengan meninggalkan tabiat pornografi, anda dapat membina badan dan tidak lagi lemah. Selain itu, tubuh dan minda anda akan menjadi lebih cergas dan cerdas.
5. Lebih Banyak Ruang Di Dalam Hard Disk.
Ada yang simpan sampai berpuluh gigabyte video lucah. Buat berat hard disk saja. Padam dan buang semuanya terus sebab dah tak perlu takut orang nak pinjam laptop nanti. - CARI |