Dah bosan dengan menu sarapan sedia ada? Lagi-lagi nasi lemak, roti canai dan juga bihun goreng.
Atau pun menu sihat seperti bijirin oat, telur rebus dan juga roti gandum penuh. Sesekali tukar menu, apa salahnya kan!
Tahukah anda menu ayam goreng yang garing, rangup dan berjus merupakan satu menu sarapan yang sangat popular di Amerika Syarikat?
Malah kini ia sedang merebak di negara lain juga. Ya, ayam goreng untuk sarapan, enaknya!
Tunggu dulu, ia bukanlah seperti anda bayangkan iaitu ayam goreng KFC yang biasa. Sebaliknya, menu ayam goreng yang memang sinonim dengan rakyat Malaysia ini turut boleh dinikmati dengan wafel, sirap mapel, donut dan sebagainya!
Sangat menarik, kan? Memanglah ia bukan pilihan terbaik untuk menu kesihatan, namun sesekali hidangkan ayam goreng dengan penkek, roti bakar dan telur dadar, memang enak sangat.
Bagi sesetengah orang, mereka mungkin berasakan ia satu menu yang pelik. Maklumlah, nikmati menu protein yang berat pada waktu pagi.
Masih risaukan tentang kesihatan? Anda bolehlah mengambil bahagian dada ayam kerana ia bukan sahaja kurang lemak, malah sumber protein yang baik dan mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
Jom lihat beberapa menu ayam goreng untuk sarapan, mana tahu boleh pula jadikan hidangan yang menggamit selera seisi keluarga. - CARI