Tidur dalam keadaan tunabusana? Mungkin agak kekok mendengarnya dan segelintir pihak seperti golongan Muslim pasti melihat perkara ini sebagai suatu perlakuan kurang sopan.
Namun, tidur tanpa busana akan memberi anda beberapa faedah hebat termasuk mengurangkan berat badan!
1. Menghilangkan perut buncit
Tidur tanpa pakaian membantu mempercepat penurunan berat badan. Suhu udara yang dingin memaksa tubuh membakar lebih banyak kalori. Menurut kajian dari Amerika Syarikat dalam jurnal 'Diabetes', tidur dalam ruagan sejuk akan mengaktifkan lemak perang yang membakar lebih banyak kalori dari organ tubuh lain.
2. Kulit lebih sihat
Kulit yang sihat adalah kulit yang mendapat udara segar. Jadi, lupakanlah pakaian anda ketika mahu tidur malam supaya kulit anda bernafas dengan bebas. Tidur pun jadi lebih nyenyak.
3. Mengawal tekanan darah
Mengenakan pakaian dalam semasa tidur menghalang peredaran darah ke seluruh tubuh dengan lebih baik. Menukar tabiat tidur ini akan menyebabkan peredaran darah sampai ke otak, otot dan jantung dengan lebih baik. Tidur pun jadi lebih nyenyak.
4. Hubungan seks lebih baik
Aktiviti harian yang memenatkan pasti membuat anda 'stress' sehingga menyebabkan tiada 'mood' untuk bercinta dengan pasangan. Tidur tanpa pakaian dalam terlihat lebih erotis! Ia dapat membangkitkan ghairah dan perasaan seksual anda dan pasangan.
Sumber foto: Carian Internet
Wah, banyak juga manfaat tidur 'bertelanjang' ya. Bagaimana, mahu tukar gaya tidur anda? - CARI