Plastik pembungkus makanan (plastic wrap) merupakan salah satu barang penting yang wajib tersedia di dapur. Biasanya, ia digunakan untuk membungkus makanan agar terjaga dari udara bebas atau kuman.
Tetapi tahukah anda plastic wrap ini banyak kegunaannya. Bukan sahaja menyimpan makanan, malah ia sangat bermanfaat kepada isi rumah.
1. Melindungi Botol Bocor
Merancang berlibur di hujung minggu? Anda mungkin khuatir botol shampu dan sabun yang dibawa akan bocor dan mengotori beg pakaian anda.
Selepas ini, anda tak perlu risau lagi. Dengan adanya plastic wrap, selesai masalah anda!
Bungkus bahagian atas botol shampu, pelembab rambut, dan sabun dengan plastic wrap, kemudian tutup kemas botol-botol tersebut. Hal ini dapat mencegah isi botol daripada bocor di tengah perjalanan.
Sumber foto: shareably.net
2. Menjadikan Pisang Tahan Lebih Lama
Menurut Washington Post, membungkus tangkai pisang dengan plastic wrap akan mencegah pelepasan gas ethylene yang akan membuat pisang masak terlalu cepat.
Sumber foto: http://thekrazycouponlady.com
3. Membungkus dan Melindungi Pakaian
Gunakan plastic wrap untuk membungkus dan melindungi pakaian dari debu. Mula membungkus dari atas hingga bahagian paling bawah pakaian. Cara ini mudah dan sangat praktikal.
4. Mengekalkan Kesegaran Aiskrim
Bahang dari bahagian peti ais mungkin dapat membuat aiskrim anda berubah rasa atau bentuk. Oleh itu, balut plastic wrap di antara bekas aiskrim dan penutupnya. Cara ini akan mencegah udara keluar masuk dari bekas dan membuat aiskrim anda kekal lemak berkrim dan tahan lebih lama.
5. Menghalang Udara Dingin Masuk Ke Dalam Rumah
Menurut Huffington Post, menampal plastic wrap di bagian luar tingkap rumah anda dapat mengekalkan kehangatan rumah di musim dingin terutama ketika musim tengkujuh di Pantai Timur.
6. Peti Sejuk Lebih Bersih dan Bebas Cecair Lengket
Penjagaan peti sejuk jadi lebih mudah dengan melindungi rak peti sejuk menggunakan plastic wrap. Apabila makanan atau minuman tertumpah di dalam peti ais, anda hanya perlu menanggalkan plastic wrap itu tanpa perlu membersihkan raknya sekali. Mudah bukan?
Sumber foto: Sumber foto: shareably.net
Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan plastic wrap di pasaraya berhampiran! - CARI |