Ibu bapa adalah insan paling banyak berkorban demi anak-anak. Kasih sayang mereka pula tiada tandingannya. Pun begitu, kebaikan mereka sering dibalas dengan 'tuba'.
Menurut laporan The Coverage, sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki muda memukul pasangan lebih tua di suatu kawasan awam tersebar meluas di internet. Apa yang mengejutkan adalah pasangan yang dipukul itu ialah ibu bapa kandungnya sendiri.
Sumber foto: The Coverage
Kejadian berlaku di luar pejabat jualan hartanah di Harbin, China. Dipercayai kejadian berlaku apabila lelaki itu tidak berpuas hati dengan ibu bapanya kerana membelikan dia sebuah apartmen sebagai hadiah perkahwinan yang disifatkannya 'terlalu kecil'.
Perbuatan lelaki itu seperti tidak masuk dek akal kerana tidak seperti kebanyakan orang lain, mereka akan berasa gembira jika menerima hadiah daripada orang tua sendiri. Inikan pula rumah yang dijadikan sebagai hadiah. Memang tak patut!
Tidak lama selepas kejadian itu, lelaki itu ahirnya dibawa pihak polis ke balai untuk disoal siasat. - CARI |