Sudah peluk dan minta maaf dengan anak sulung anda?
Begitulah tajuk perkongsian seorang netizen di laman sosial. Katanya, ramai ibu bapa yang ternanti-nanti kehadiran anak sulung ketika permulaan perkahwinan.
Namun, sebagai anak pertama pasti banyak perkara yang ibu bapa masih belum arif terutama perihal penjagaan bayi. Masih kekok dan belum biasa, benar?
Sesudah itu, bila hadir anak kedua, yang si sulung juga menjadi 'mangsa' harus menjaga adiknya.
"Adakala terbit rasa kesal pada diri kita kerana kurangnya perhatian pada anak yang sulung," tulis netizen ini.
Ada banyak benarnya perkara ini. Ibu bapa diakui banyak 'terlepas pandang' dengan anak sulung. Bahkan, anak pertama ini dikatakan harus bertanggungjawab kepada keluarga ketika dewasa. Satu peranan yang sangat besar, dari kecil telah dipupuk kepada mereka.
Adakah kita benar-benar telah membuat kesilapan 'terlupa' menyayangi anak pertama tidak seperti adik-adiknya yang lain?
Masih belum terlewat untuk meluahkan kasih sayang anda, wahai ayah ibu. Bacakan perkongsian ini, moga ia memberi inspirasi dan semangat baru buat semua ibu bapa di luar sana.
Ingat, anak pertama tetap anak anda juga, dan kasihnya dibawa hingga ke syurga!- CARI
Gambar hiasan. Sumber foto: Carian google
|