CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1835|Reply: 2

12 Individu Termasuk Anak Tajuddin Serah Diri Di Balai Polis Sentul

[Copy link]
Post time 25-11-2016 03:21 PM | Show all posts |Read mode


Selepas melakukan kekecohan di pekarangan bangunan Parlimen semalam, individu yang terlibat telah diberi tempoh sehingga 2 petang ini oleh pihak polis untuk menyerah diri.


Memetik laporan akhbar Oriental Daily News, anak kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani bersama 12 individu yang lain tampil menyerah diri di Balai Polis Daerah Sentul pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Sentul, Munusamy mengesahkan seramai 12 orang bergilir-gilir menyerah diri di balai polisnya sekitar 11 pagi tadi dan mereka rata-rata mengakui membuat kacau di kawasan perkarangan Parlimen semalam.


Antara 12 individu yang datang menyerah diri termasuklah individu yang mengetuai kekecohan tersebut iaitu Firdaus Tajuddin.- CARI

sumber foto: Oriental Daily News
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2016 04:19 PM | Show all posts
wayang aje serah diri, tengok lah malam ni mesti dilepaskan, yang pasangan suami isteri tu setakat ganggu penguatkuasa MBSA dah kena 14 hari penjara, yang ni anak menteri, walaupun bawa sekumpulan geng datang serang orang di Parlimen pula, tapi saya rasa polis mana berani ambil tindakan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 04:23 PM | Show all posts
Kalau nak dakwa pon paling cepat hari isnin nampaknya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.060997 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list