|
Selepas Song Jihyo yang datang ke Malaysia awal Oktober lepas, kali ini Malaysia digegarkan dengan selebriti terkenal Korea, Lee Kwang Soo.
Bintang Running Man ini kembali untuk rancangan yang dikelolai oleh 100plus Malaysia iaitu Running Man Challenge dan kedatangannya telah disambut meriah di Paradigm Mall pada 26 November lepas.
Kedatangan Lee Kwang Soo disambut meriah di Paradigm Mall pada 26 November juga bersama-sama 4 lagi artis tempatan iaitu Ayda Jebat, Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen.
Penonton yang datang bersorak kuat dan pelbagai soalan diajukan kepadanya antaranya dengan siapa dia selalu keluar bersama. Jawapannya sangat lucu apabila dia mengatakan bukan sahaja dengan Song Joong Ki malah dengan kawan-kawan Running Man yang lain.
Makanan di Malaysia yang paling disukainya adalah sate dan Lee Kwang Soo tanpa segan silu melakukan gaya sedang mengunyah sate membuatkan peminat di situ tergelak besar.
Kehadiran kali keduanya ke sini pada tahun ini disambut meriah oleh ramai peminat dan seperti biasa personaliti ini tidak pernah mengecewakan peminat dengan memberikan 'fan sevice' yang terbaik!
Tidak kira dari mana pun teriakan peminat memanggil namanya, Kwang Soo tetap memberikan respons dengan membalas lambaian peminatnya sambil menunjukkan simbol 'love' dengan jarinya.
Paling 'cool' apabila dia melayan karenah ramai untuk berselfie dan sangat berbesar hati untuk datang ke Malaysia lagi.
Wah, memang seronoklah siapa yang dapat beramah mesra dengan Lee Kwang Soo ni, memang baik dan sangat peramah orangnya, kan? -CARI
|
|