Wah! Video Aamir Khan yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini pasti menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai. Video transformasi pelakon Bollywood dari gemuk ke sado menjadi viral selepas dimuat naik di laman sosial Facebook UTV Motion Pictures dengan hashtag #AamirKhanFatToFit.
Sumber foto: FB UTV Motion Pictures
Video itu memaparkan Aamir Khan menjalani transformasi dari 'boyot' ke sado demi menjayakan wataknya dalam filem terbaru, 'Dangal', dan mendapat lebih 400 ribu perkongsian pada masa artikel ditulis.
Sumber foto: imdb
Lebih lima bulan dia bertungkus-lumus dan akhirnya, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 97 kilogram! Siapa mampu?
Menurut portal Tribune, Video itu bertujuan itu memberi inspirasi kepada penonton seluruh dunia untuk lebih berkeyakinan dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat jika mahu mengurangkan berat badan berlebihan.
Sumber video: FB UTV Motion Pictures
"ernafasan anda berubah bila berat anda berlebihan (gemuk), bahasa badan juga berubah. Cara anda bercakap, cara anda duduk, cara anda bangun dari duduk. Semuanya berubah," kata Aamir Khan.
Pengarah, Nitesh Tiwari kagum dengan Aamir Khan dan memuji semangat dan usaha gigihnya dalam menjayakan filem itu.
Kepada anda yang merasakan diri tu agak 'obes', boleh la jadikan video ini sebagai pembakar semangat ya. - CARI |