Masih ingatkah anda suatu ketika, susu diviralkan sebagai satu agen penurunan berat badan? Malah, harga yang dijual pun bukan calang-calang, mencecah ratusan ringgit.
Jadi, benarkah susu sebenarnya ada kaitan dengan penurunan berat badan? Jika ya, susu apakah yang terbaik untuk dijadikan amalan seharian?
Memetik laman Blodsky, susu skim dikatakan mampu membantu anda dalam menurunkan berat badan. Gembira dengan fakta ini?
Bagaimana caranya? Semak butiran berikut:
1. Mengawal nafsu makan
Susu kaya dengan protein sekaligus membuatkan anda berasa kenyang dalam masa yang lebih lama. Tambahkan sahaja susu skim ke dalam oatmeal atau smoothie kegemaran anda.
2. Membentuk otot
Bukan sahaja menguatkan tulang dan kekuatan tubuh badan, malah ia dapat membentuk otot serta menurunkan lemak jika anda mengambilnya selepas bersenam.
Foto: Carian google
3. Kaya vitamin D
Ketika badan anda kekurangan vitamin D, badan akan cenderung menjadi lebih gemuk. Susu skim memiliki vitamin D yang sekaligus memastikan ia membantu menurunkan berat badan.
4. Meningkatkan sistem metabolisme
Ternyata susu skim kaya dengan vitamin. Ia bermanfaat meningkatkan sistem metabolisme dan pembakaran lemak. - CARI