Bila berbicara tentang bulu pubis atau bulu ari-ari, pasti setiap dari kita mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza.
Namun, boleh dikatakan banyak mitos mengenainya tidak boleh dipercayai langsung kerana amat jauh berbeza dengan hakikat sebenarnya. Antaranya ialah:
1. Bulu pubis adalah penapis dari serangan bakteria Mitos: Banyak pendapat yang mengatakan bulu pubis tidak boleh dipotong kerana fungsi bulu itu sendiri yang berfungsi sebagai penapis bakteria dari memasuki kemaluan. Juga untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit seksual.
Fakta: Sebenarnya bulu pubislah yang menjadi pusat pengumpulan bakteria sekiranya tidak dibersihkan. Jika bulu tidak dipotong, pakar mengatakan yang kandungan bakteria yang terdapat di bulu cukup banyak dan membimbangkan.
Foto: www.merdeka.com
2. Meningkatkan berahi dan keghairahan seks Mitos: Banyak orang beranggapan yang bulu ari-ari boleh digunakan sebagai cara untuk meminimumkan geseran antara kemaluan semasa melakukan hubungan seks.
Fakta: Bergantung kepada individu. Ada sesetengah yang berasa terganggu dengan bulu pubis yang 'semak' dan bagi mengelakkan perkara yang tidak menyenangkan, maka dinasihatkan untuk membuangnya.
3. Warna bulu pubis sama dengan warna rambut di kepala Mitos: Ramai di antara kita mempunyai pemikiran sedemikian.
Fakta: Warna rambut dan bulu pubis tak sama. Sebaliknya warnanya sama macam dengan kening, cuma ketebalan bulunya sahaja yang lain.
Foto: hdwallpaperbackgrounds.net
4. Bulu pubis akan terus tumbuh panjang selagi tidak dibuang Mitos: Majoriti menganggap yang bulu pubis yang tidak dicukur akan menyebabkannya terus menjadi panjang.
Fakta: Bulu pubis tidak akan tumbuh lebih panjang dan akan berhenti tumbuh apabila mencapai panjang 0.5 inici sehingga 2 inci. Selepas itu bulu akan mula gugur dan tumbuh yang baru.
Nah, sekarang sudah tau. Jadi wahai wanita, selepas ini jangan malas-malas mahu merapikan bahagian Miss V anda ya. -CARI