|
|
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Kamaruddin Kachar, 82, telah kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN) malam kelmarin.
Anak Allahyarham, Datuk Amir Arif berkata, bapanya itu menghembuskan nahas terakhir kira-kira pukul 8.45 malam tadi dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor pagi esok.
Memetik laporan Bernama, Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak empat tahun lalu dan semakin teruk sejak sebulan lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Che Tom Osman bersama tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Kamaruddin merupakan tokoh Melayu yang banyak menyumbang dan berbakti kepada negara serta pernah menggalas pelbagai jawatan penting.
Antaranya Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara), Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia).- CARI
sumber foto: Grafik CARI
|
|