Jika sebelum anda fikir meminum jus buah-buahan itu sebagai yang menyihatkan, namun ketahuilah ia tetap mempunyai kelemahannya. Jadi fikirkan sekali lagi ya! Memang ia mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan namun ia tetap tidak dapat melawan kehebatan buahan segar.
Masalah dapat dilihat bila buah sebenar memiliki serat yang tinggi, sedangkan jus tidak begitu. Ini kerana kebanyakan serat akan hilang dalam penyediaan sesuatu jus itu.
Malah, tidak dapat dinafikan jus buah yang dijual di pasaran mengandungi hanya sedikit sahaja isi buahan sebenar. Sebaliknya ia ditambah dengan pemanis tiruan dan gula yang hanya menyebabkan penambahan kalori!
Mungkin anda mengelak mengambil gula dalam jus buah anda namun sesetengah jus seperti anggur dan cranberry misalnya ia masih mengandungi gula yang sangat tinggi.
Secawan jus anggur mengandungi 36 gram gula dan jus epal mengandungi 31 gram gula, tak jauh berbeza pun dengan air soda yang biasanya mengandungi 44 gram gula.
Jadi, pilihan sebenar adalah buah-buahan itu sendiri dan bukannya jus. Seperti yang diperkatakan oleh penulis buku Should I Scoop Out My Bagel, Ilyse Schapiro,
"Saya tidak rekomen anda mengambil jus langsung walaupun ia adalah 100 peratus jus buah-buahan.
"Anda bakal berasa lebih puas dan kenyang bila makan buah sebenar kerana ia mengandungi serat berbanding hanya minum jus," katanya. - CARI
alaa..u allz...sudah2 la tu nak inform psl makanan yg sepatutnye menyihatkan tp x menyihatkan..
sbb rasa2nye mcm ade 100 kali ganda makanan yg x menyihatkan kat luar sana...
fokus pd yg berkhasiat je dah la..stress tau..uhuhuhu
yes that i know,
tp lebih elok utk kite present satu2 info (terutamanye tentang bab kesihatan) dari aspek yg positif...
sbb kalau kite kerap bc sesuatu walaupun tentang info yg berfaedah tp dgn perkataan yg negatif, otak(subconcious mind) kite akan serap yg negatif..
ahahaha.. x tau la u allz phm ke x..saje je manja nk share tentang ni..(no hard feelings TT)
contoh lain kalau katakan satu2 artikel tu tentang makanan yg dpt mecegah kanser...
kata kan dlm senarai tu ade 10 jenis..tup2 tiap2 satu jenis tu sebut "1.... mecegah kanser"..so lepas bc artikel
tanpa kite sedari dh 10 kali kite baca perkataan kanser.....
ada sesiapa minum jus oren jenama Berri dari australia? kebanyakkan jus nya takde gula ... pure juice ... siapa tak tahan masam memang ... takkan minum .. tapi actually sedap ...
Jus bagai. Puasa selang sehari, berjalan sejam sehari. Solat 5 waktu, tambah sunat sket. Makan ketika lapar SAHAJA, berhenti sebelum kenyang. Cukup la untuk kesihatan.
mzz sebenarnya kurang faham ni..mungkin bimbo mode terautomatik on
bukan ke kalau kita perah sendiri the juice straight from the buah..makanya jus yang kita dapat tu adalah naturally from the fruit itself? so kalau kita consume buah tu saja maknanya sama lah kan sugar content dengan jus yang diperah tu?
maaf kalau noob..tapi memang tak faham ni. seriously.
Post time 27-12-2016 10:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mzzenma replied at 27-12-2016 04:23 PM
mzz sebenarnya kurang faham ni..mungkin bimbo mode terautomatik on
bukan ke kalau kita pera ...
Sy rs artikel ni mungkin merujuk kepada minuman jus2 yang dijual di kedai2 makan seperti jus epel, oren dll / minuman jus kotak atau botol yang ditambah gula.
Kalau buat sendiri di rumah pure jus just blend buah ok je sbb sama je kan tak mix with sugar.
Jadi, pilihan sebenar adalah buah-buahan itu sendiri dan bukannya jus. Seperti yang diperkatakan oleh penulis buku Should I Scoop Out My Bagel, Ilyse Schapiro,
"Saya tidak rekomen anda mengambil jus langsung walaupun ia adalah 100 peratus jus buah-buahan.
"Anda bakal berasa lebih puas dan kenyang bila makan buah sebenar kerana ia mengandungi serat berbanding hanya minum jus," katanya
yups dalam radio ruangan kesihatan pun cakap better makan buah buahan daripada makan jus buahan itu.
Denim is an easy match for any outfit as it is, but if you're after that extra bit of versatility, mens winter fashionmens winter fashion is bound to do the trick at gosaveshop. Here as well you can get hidden cameras with wifi please check https://www.gosaveshop.com/shop/cameras-accessories/cctv-camera-for-security