CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3430|Reply: 12

Masuk Percuma! Tarikan Dinosaur Di Don Hu Jurassic Park Garden, Muar

[Copy link]
Post time 22-12-2016 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Foto: FB Daily Traffic Report



Pening kepala bila fikir nak bawa anak-anak berjalan di mana semasa hujung minggu, dan biasanya sudah bosan pergi ke tempat yang sama berulang kali, bukan?


Apa kata kali ini bawa mereka ke Don Hu Jurassic Park Garden untuk melihat dinosaur secara langsung di depan mata.


Kanak-kanak pastinya jadi orang yang paling gembira kerana terdapat tidak kurang dari 15 patung dinosaur termasuk spesies Tyrannosaurus Rex dipamerkan di sini.


Foto: FB Daily Traffic Report



Patung-patung haiwan prasejarah ini bernilai antara RM10,000 hingga RM30,000 dan ditempah khas dari Guangzhou, China.


Apa yang lagi menarik, pemilik taman ini langsung tidak mengenakan bayaran bagi pengunjung yang datang untuk melihat dan mengambil gambar dengan patung-patung tersebut.





Foto: FB Daily Traffic Report



Taman Jurassic Park ini dimiliki oleh seorang pengusaha pokok semaian dan bakal diperluaskan dengan kawasan riadah kanak-kanak, pameran barang antik dan lawatan ke ladang ayam dan itik.


Dinasour yang kelihatan seperti hidup dan mempunyai pelbagai saiz ini menjadi tarikan utama di sini dan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai kerana keunikannya.


Add Image Caption Here





Alamat:  2700, Pintasan Muar, kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (8am-8pm)


Apa lagi, jomlah habiskan masa bersama keluarga tersayang di sini. Amat berbaloi dengan keterujaan serta keseronokan yang diperolehi, dan paling penting ianya percuma! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu operasi 3 hari seminggu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 07:43 PM | Show all posts
wah.. menarik..
tp, jauh plak
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat pegi tgok dinasor Kaku pastu amik gambar tgh2 panas.. Boringnya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 08:05 AM | Show all posts
hauknya melayu dok naik2 patung tuh....skjap jah ranap kalau bagi ummah melayu sis...

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu ada water theme park skali dlm tu kan lbh meriah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2016 10:18 PM | Show all posts
tak dapat dibayangkan dekat mana lokasi ni. aku ke muar jalan terus je selalunya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 11:24 PM | Show all posts
kalo dino betoi xpe ak......nak gak ak merasa diratah oleh t-rex....KAHKAHKAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 23-12-2016 10:18 PM
tak dapat dibayangkan dekat mana lokasi ni. aku ke muar jalan terus je selalunya.

Park ni kat tepi jalan, ikut jambatan kedua Muar yg mcm Penang Bridge tu. Arah ni kalau ikut my map dari Melaka la. It will be on your left. Semalam lalu, penuh kereta kat situ. Pengunjung park ikut suka je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 03:59 PM | Show all posts
machiko replied at 26-12-2016 03:18 PM
Park ni kat tepi jalan, ikut jambatan kedua Muar yg mcm Penang Bridge tu. Arah ni kalau ikut my ma ...

oOo..kalau ikut jambatan ke-2 tu paham la aku. selalu tak ikut sana, jalan terus saja.
terima kasih untuk pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 11:37 AM | Show all posts
sabak aur ni ada tempat makan ikan bakar dan seafood yang sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 23-12-2016 08:05 AM
hauknya melayu dok naik2 patung tuh....skjap jah ranap kalau bagi ummah melayu sis...

seriously bole panjat dino tu semua..

ingat tuk snap pix je..

seriously ummah melayu mmg terkenal dgn poyo vs jakun  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 09:07 PM | Show all posts
Bolehlah singgah kalau ke melaka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.109270 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list