CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1038|Reply: 0

Lebih 23,000 Bas Gagal Pemeriksaan PUSPAKOM

[Copy link]
Post time 4-1-2017 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 23,000 buah bas dilaporkan gagal melepasi pemeriksaan di PUSPAKOM Sdn Bhd sepanjang tahun lalu kerana tidak mengikuti piawaian keselamatan ditetapkan.


Memetik laporan Bernama, jumlah itu berdasarkan pemeriksaan terhadap bas yang dijalankan di PUSPAKOM di seluruh negara antara Januari hingga Disember 2016.


Menerusi kenyataan Jabatan Komunikasi dan Khidmat Pelanggan PUSPAKOM memaklumkan bas yang gagal ini tidak akan diberikan perakuan pemeriksaan dan perlu melalui ujian yang sama semula.


“Maklumat ini dikongsikan dengan pihak penguat kuasa untuk tindakan mereka. PUSPAKOM hanya menjalankan pemeriksaan yang perlu di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ),”  kata kenyataan itu.


Sementara itu mengulas mengenai dakwaan wujud pihak ketiga yang bertindak sebagai orang tengah bagi memastikan kenderaan diperiksa lulus ujian,
PUSPAKOM berkata, pihaknya tidak pernah mengiktiraf mereka yang terlibat.


“PUSPAKOM ingin menekankan ia tidak pernah mengiktiraf atau berkompromi dalam memastikan setiap ujian kenderaan dilakukan mengikuti piawaian ditetapkan."


“Jangan sesekali tertipu oleh helah licik pihak ketiga yang mendakwa mereka dapat memastikan kenderaan lulus pemeriksaan PUSPAKOM dengan bayaran tertentu.”


Pemeriksaan dijalankan PUSPAKOM berdasarkan kepada APJ dan sesebuah kenderaan akan gagal pemeriksaan jika keadaannya tidak selamat untuk dipandu dan tidak mematuhi piawaian.- CARI

sumber foto: Grafik CARI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047100 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list