CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4842|Reply: 50

Enggan Diperdaya Sindiket, Pemuda Malaysia Terkandas Di Ecuador

[Copy link]
Post time 6-1-2017 12:54 PM | Show all posts |Read mode


Berikutan enggan membawa 'barangan' untuk diseludup ke Malaysia, seorang rakyat Malaysia yang berusia 24 tahun dikatakan terkandas di Quito, Ecuador.


Memetik laporan Astro awani, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Mangsa kejadian dikenali sebagai Muhammad Fariz R. Azli difahamkan sebelum menghubungi pihak Kedutaan Besar melalui saluran Facebook Kedutaan Besar pada 26 Disember 2016 telah berada di Guayaguil dalam tempoh masa hampir sebulan setengah.


Kini perkara itu sedang diuruskan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, Chile yang juga diakreditasi ke Ecuador.


Sehubungan itu, hasil bantuan Konsul Kehormat Malaysia di Eduacor, Muhammad Fariz telah diberi duit poket dan tiket penerbangan dari Guayaquil ke Quito kerana beliau telah mempunyai tiket untuk pulang ke Malaysia bertarikh pada 28 Disember 2016 dari Quito.


Walau bagaimanapun, tiket tersebut didapati palsu dan telah mengakibatkan beliau kini terkandas di Quito.


"ihak Kedutaan Besar selanjutnya telah menghubungi ayah kepada Muhammad Fariz bagi memaklumkan kejadian tersebut dan sedang dalam usaha membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia."

"Buat masa ini, beliau tinggal bersama keluarga yang dikenali oleh Kedutaan Besar sehingga beliau memperolehi tiket pulang ke Malaysia. Bantuan ini dihulurkan melalui ikhtiar dan inisiatif Kedutaan Besar sendiri," kata kenyataan itu lagi.


Kedutaan Besar juga mengingatkan dan menasihatkan supaya rakyat Malaysia yang ingin ke luar negeri atas tujuan melancong mahu pun atas urusan kerja hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada terutamanya, apabila ditawarkan tiket percuma dan ganjaran lumayan oleh pihak tertentu yang menjalankan sindiket penyeludupan.- CARI

sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Astrolah ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:00 PM | Show all posts
Elokla terkandas disana....drpd terkandas dlm penjara.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap..aku x paham..kat tang mana yg die tak nk terperdaya sindiket? Die pegi sana melancong, beli teket pegi  balik sndiri. Dh smpai sana, nk balik, org suruh bwk brg tp die xnk. Pastu org tu x tangkap die pon, sbb die bole berhubung dgn kedutaan. Die pon beli teket balik, tp teket palsu. Jd apa kena mengena dgn sindiket? Beli je la teket baru guna kredit kad ke, kedutaaan beli ke, pastu balik la. Bukan sindiket buru die kan?

Aku yg lembab sgt smpai x paham cerita ke cmne?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 6-1-2017 01:21 PM
Jap..aku x paham..kat tang mana yg die tak nk terperdaya sindiket? Die pegi sana melancong, beli tek ...

klu ye pun xfhm  toksah la dk ulang sampai byk kali
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:55 PM | Show all posts
danieladam replied at 6-1-2017 01:21 PM
Jap..aku x paham..kat tang mana yg die tak nk terperdaya sindiket? Die pegi sana melancong, beli tek ...

ok.. ok.. percaya ko memang tak faham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 6-1-2017 01:21 PM
Jap..aku x paham..kat tang mana yg die tak nk terperdaya sindiket? Die pegi sana melancong, beli tek ...

Betul punya x paham ni  
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:58 PM | Show all posts
Edited by OmJualGas at 6-1-2017 03:37 PM

gambar tangan lelaki pegang tangan lelaki ja balik-balik ku nampak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 01:59 PM | Show all posts
mmg ketara naw ketidakpahaman kau nih, smpi aku pon da lost track ceta sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:01 PM | Show all posts
dua pages je reply mamat pegang tangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mata aku yg kero atau ko x paham sampai pos 40x??
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
adoii berair mata aku tgelak baca komen pasal mamat tak paham ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:07 PM | Show all posts
elok lah dia kandaskan diri dan hubungi kedutaan
dari dia proceed nak balik sure kena tahan di imigsresen jadi kaldai dadah
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:09 PM | Show all posts
danieladam replied at 6-1-2017 01:21 PM
Jap..aku x paham..kat tang mana yg die tak nk terperdaya sindiket? Die pegi sana melancong, beli tek ...

Kalau ya pun??

Dia bukan pegi melancong, bukan dia yg beli tiket

Dia dapat tawaran kerja yang memerlukan dia ke sana, tiket pergi disediakan (tiket balik akan disediakan bila dia dah sampai sana)

Tiket pergi ori, so dia berjaya sampai di sana

Bila sampai, dia disuruh balik semula hantar barang ke Malaysia tapi dia suspek ada sesuatu so dia tolak walau dipaksa

"Boss" dia belikan 'tiket palsu' dan lenyap begitu sahaja tinggalkan dia terkapai-kapai di sana (nasip tak dibunuh)

Modus operandi penyeludup macam inilah, dia kekonon ada job offer luar negara dan rupanya disuruh 'hantar barang'. Ramai yg terperangkap sebab kalau tak menurut 'job hilang' atau tinggal seorang di negara asing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by j3m4h at 6-1-2017 02:12 PM
danieladam replied at 6-1-2017 01:21 PM
Jap..aku x paham..kat tang mana yg die tak nk terperdaya sindiket? Die pegi sana melancong, beli tek ...


Aku lg xpaham knp ko pny post smp boom wall porem nih...hahaha   
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:23 PM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 6-1-2017 02:09 PM
Kalau ya pun??

Dia bukan pegi melancong, bukan dia yg beli tiket

Paham dah. Elok juga berperasangka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:29 PM | Show all posts
Umi Azlim apa cerita?

Warga Kelantan lulusan UMS yg ditawar kerja di China rupanya dijadikan keldai dadah apabila diminta membawa 'barangan' ke sana. Ujung-ujung kena kesan dadah di airport dan merengkok di penjara sana @ China
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:32 PM | Show all posts
Antara mangsa keldai dadah yg terpedaya dengan scam 'tawaran kerja luar negara'

http://www.hmetro.com.my/node/143898

Pasir Puteh: Setibanya Ramadan, Mohamad Lazim Jusoh, 59, terkenangkan anaknya yang masih dipenjarakan di Guangzhou, China, sejak sembilan tahun lalu.

Beliau berkata anak sulungnya itu Umi Azlim, 32, akan menjadi sibuk setiap kali Ramadan, apatah lagi menjelang Aidilfitri kerana menyiapkan kuih raya.

"Ia kegemarannya selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Biologi di Universiti Malaysia Sabah," katanya di Kampung Cherang Tuli, di sini.


Pada 2007, Umi Azlim dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah China selepas didapati bersalah menyeludup lebih dua kilogram heroin ke negara itu. Namun hukuman tersebut diringankan kepada penjara seumur hidup.

Pada 2014, kerajaan China memaklumkan Umi Hazlim hanya perlu menjalani hukuman penjara sembilan tahun lagi.

Mohamad Lazim, pesara tentera berkata, kali terakhir beliau menerima panggilan telefon daripada Umi Azlim ialah dua bulan lalu untuk bertanya khabar dan dia sempat bercakap dengan adik-adiknya.

Menurutnya, dalam perbualan lima minit itu, anaknya sempat memberitahu kemungkinan akan dibebaskan tujuh tahun lagi kecuali diberi pengampunan oleh kerajaan China.

"Saya berdoa pada bulan yang penuh berkat ini agar anak saya diberi keampunan dan mendapat pembebasan lebih awal, insya-Allah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 9:07 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.064867 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list