CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2119|Reply: 1

Siapa Sangka 7 Jenis Rempah Ini Membantu Anda Menurunkan Berat Badan

[Copy link]
Post time 6-1-2017 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Nak kurus? Sebenarnya ia bukanlah suatu perkara yang mustahil atau sukar. Senang saja nak kurus ni, malah semua orang tanpa mengira pangkat atau umur mampu menjadi kurus.


Tapi anda harus ingat, walaupun mudah ia sebenarnya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Syaratnya memerlukan anda untuk berdisiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap mungkin.


Sementara itu, KOMPAS.com melaporkan sebuah kajian mendapati kunyit atau beberapa rempah tertentu boleh membantu menuurunkan berat badan.


Mari lihat apakah rempah yang membantu anda dalam usaha menjadi kurus.




1. Kunyit

Sumber foto: http://naturalsociety.com



Sebuah kajian dari Universiti Tufts, Amerika, mendapati kunyit membantu tubuh membakar lemak.


Kunyit juga dilaporkan mampu merawat penyakit Alzheimer selain membantu mengawal kestabilan hormon ketika datang bulan.




2. Kayu Manis

Sumber foto: http://kayu-manis.com



Selain membantu menyeimbangkan dan menurunkan kadar gula darah, kayu manis menyekat nafsu makan dan membuat anda merasa kenyang lebih lama.


Bukan itu sahaja, kayu manis juga merupakan alternatif kepada gula ketika sedang menikmati secawan kopi atau teh, sekali gus mengurangkan kadar kalori.




3. Cili

Sumber foto: Wordpress



Seperti kunyit, cili juga bersifat panas. Menurut ahli gizi Lauren Minchen, penggunaan  rempah-rempah yang bersifat 'panas' ke dalam masakan dapat membantu membakar hingga 100 kalori bagi setiap hidangan makanan.




4. Jintan


Sumber foto: http://www.tablespoon.com



Hanya dengan satu sudu teh jintan setiap hari, ia membantu anda membakar lemak tubuh hingga tiga kali ganda jika dibandingkan dengan masakan tanpa jintan.




5. Halia

Sumber foto: http://www.herald.ng



Seperti kayu manis, halia juga membantu mengawal peningkatan kadar gula darah selepas anda mengambil makanan bergula atau berkarbohirat tinggi.


Selain itu, halia bersifat panas atau termogenik yang membantu memercepatkan proses pembakaran lemak, menurut Barbara Mendez, ahli nutrisi di New York City.




6. Bawang putih

Sumber foto: http://healthydietcent.com




Sesetengah orang tidak menyukai bawang putih karena menurut mereka, ia membuat nafas menjadi berbau kurang menyenangkan. Walau bagaimanapun, bawang putih adalah pembakar lemak yang baik.




7. Lada hitam


Sumber foto: http://i.ndtvimg.com



Seperti halia, lada hitam juga bersifat termogenik. Menurut Barbara, lada hitam mampu menghalang pembentukan sel-sel lemak baru. Jadi, rempah ini sangat bermanfaat untuk mencegah kenaikan berat badan.




Tak percaya? Cublah sendiri dan alami perbezaannya. Tetapi kena ingat syaratnya iaitu disiplin! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 08:32 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.497949 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list