|
Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bakal dipasang di tujuh lokasi kemalangan yang dikenal pasti, lapor Sin Chew Daily yang memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kata beliau, lebih banyak kamera AES akan dipasang di kawasan lain jika mendapat permintaan, termasuk di Pagoh, di mana nahas bas ekspres baru-baru ini, dan di kampar, Perak.
“Kementerian akan hanya memasang kamera AES berdasarkan permintaan daripada pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan atau orang awam. Kami tidak memasang kamera ini sewenang-wenangnya."
Setakat ini 14 kamera AES sudah ada, bukan 200 seperti dilaporkan media sosial.- CARI
sumber foto: The Star |
|